spot_img
HomeSosiobudayaSejarah penubuhan Sekolah Pengajian Seni (SPS), Universiti Malaysia Sabah

Sejarah penubuhan Sekolah Pengajian Seni (SPS), Universiti Malaysia Sabah

Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah ditubuhkan pada 24 November 1994 ini, telah diiktiraf sebagai universiti awam kesembilan yang tercantik di Asia Tenggara.  Dahulunya UMS, bukanlah berada di  Teluk Sepanggar namun ianya terletak di Gaya Center dan pejabat Timbalan Censelor dan Naib Censelor ditempatkan di sana.

Tahun berganti tahun, tempat itu telah dijadikan sebagai hotel penginapan pada masa kini. Bagi tempat pembelajaran para pelajar pula, diletakkan di Telekom Jalan Tuaran dan Bangunan Yayasan Sabah.

Pada masa dahulu, tempat pembelajaran para pelajar begitu jauh dan tidak strategik. Pada waktu itu, belum lagi diwujudkan nama fakulti dan hanya dipanggil sebagai sekolah sahaja. Pelajar-pelajar UMS terpaksa menumpang tempat kediaman di Kolej Komuniti Yayasan Sabah di Likas pada tahun 1995 dan juga Kolej Latihan Telekom, Menggatal pada tahun 1996.

Jun 1999 hingga 19 Mei 2000, Universiti Malayia Sabah telah beransur pindah ke kampus tetap iaitu di Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu Sabah. Selain itu, UMS mempunyai dua buah kampus cawangan masing-masing sebuah di Wilayah Persekutuan Labuan dan juga di daerah Sandakan.

Sekolah awal yang ditubuhkan di Universiti Malaysia Sabah adalah Sekolah Sains Sosial . pada tanggal 13 April 1999, kemudian wujudlah Sekolah Pengajian Seni dimana pada ketika itu hanya satu program sahaja yang ditawarkan iaitu Seni Kreatif.

Dr Rosli Sareya, Pensyarah Akademi Seni dan Teknologi Kreatif UMS berkata sekolah pengajian seni pada ketika itu hanya menumpang tempat di bangunan  Sekolah Sains Sosial. Pada waktu itu juga, pelajar-pelajar Sekolah Sains Sosial dan Sekolah Pengajian Seni berkongsi studio, berkongsi bilik kuliah dan sebagainya.

“Pada tahun 2001, Sekolah Pengajian Seni masih juga dibangunan yang sama dan ada usaha untuk merangka satu program baharu iaitu program Teknologi Seni Visual  namun belum wujud lagi pada tahun itu kerana ianya hanya sekadar rancangan sahaja pada ketika itu”

“Allahyarham Zulkarnain Abiddin merupakan pensyarah yang membuat surat untuk mewujudkan program ini. Pada tahun 2004, munculnya program Teknologi Seni Visual dimana pada ketika itu masih lagi kekal dekan pertama iaitu Profesor Madya Haji Enon Shaharudin Abdul Rahmat manakala Penolong Pendaftarnya adalah Encik Monavencer Monipes, Timbalan Dekan pula adalah Encik Abdul Jamal Abdul Hamid,” katanya.

Rosli berkata, tenaga-tenaga pengajar yang wujud dalam program Seni Kreatif pada tahun tersebut adalah Dekan Sekolah Pengajian Seni sendiri iaitu Profesor Madya Haji Enon Shaharudin Abdul Rahmat, Ketua Akademik iaitu Puan Nornabila @ Jona Micheal Wong sebagai pensyarah Major Tari.

“Kemudian, Dr Andika Haji Hussin iaitu sebagai pensyarah major Teater dan Mansor Sarail sebagai tutor sementara. Arwah Zulkarnain Abidin dimana namanya terletak diluar makmal yang merupakan pensyarah Major Tari. Tenaga pengajar  Sekolah Pengajian Seni pada ketika dahulu tidaklah begitu ramai” tambahnya.

Beliau pada ketika itu belum lagi bergelar seorang pensyarah namun dia hanyalah seorang pembantu makmal sahaja. Jika dihitung, hanya 6 orang sahaja pensyarah awal program Seni Kreatif pada ketika itu seperti yang telah dimaklumkan tadi.

Sememangnya, mereka memikul tugas yang begitu berat pada waktu itu dimana mereka perlu mengajar 2 hingga 3 tugas, kertas kerja dan pada waktu itu juga program Seni Kreatif memerlukan pensyarah-pensyarah dari luar iaitu lantikan tutor dan juga pensyarah sambilan bagi meringankan beban pensyarah-pensyarah dibawah program seni kreatif.

Pada tahun 2006, Sekolah Pengajian Seni telah pun berpindah tempat di bangunan sendiri di UMS yang bersebelahan dengan Sekolah Sains Sosial. Sekolah Seni berusaha menjadikan sebagai salah satu pusat penyelidikan terulung pada peringkat prasiswazah.

Kedudukan universiti yang berada di tengah-tengah masyarakat berbilang kaum yang mengandungi lebih daripada 30 kumpulan etnik yang memberikan peluang-peluang penyelidikan dan penerokaan pelbagai disiplin kesenian para pelajar, untuk mengkaji kesenian atau budaya etnik peribumi di Borneo dan juga kesenian serta kebudayaan rakyat di Malaysia.

Penulis: Sharifah Nursyahirah Sharif Zainal Abidin

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular