spot_img
HomeSemasaKereta bertembung dengan Lori Petronas

Kereta bertembung dengan Lori Petronas

SANDAKAN: Sebuah kemalangan jalan raya berlaku melibatkan pertembungan sebuah kereta dengan kenderaan Lori Petronas di Kota Emas Oil Batu 19, Sandakan hari ini.

Pegawai Operasi PBK II Rosemedian bin Haji Majid berkata, pihak mereka menerima panggilan kecemasan pada jam 11.36 pagi sebelum menghantar pasukan bergegas ke lokasi kejadian.

“Kemalangan tersebut berlaku apabila sebuah kenderaan jenis Proton Wira Aeroback dikatakan bertembung dengan sebuah Lori Petronas.

Menurut Rosemedian, seramai 7 mangsa terlibat dalam kemalangan tersebut, di mana seorang daripadanya iaitu pemandu Proton Wira berkenaan telah mengalami kecederaan ringan.

“Terdapat 7 mangsa terlibat, seorang daripadanya mengalami cedera ringan, manakala 6 orang mangsa dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mangsa yang cedera telah dihantar ke Hospital Sandakan manakala operasi ditamatkan pada jam 12.19 tengah hari.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular