spot_img
HomeSemasaRonelson Madus impi mewakili Sabah FC

Ronelson Madus impi mewakili Sabah FC

KOTA KINABALU: Ronelson Madus, Juara Sukan Juggling Football di kejohanan MASUM Virtual Football Carnival Tournament 2021 berkata beliau berasa lega, walaupun pertandingan yang dilakukan adalah secara virtual, namun sekurang-kurangnya dibenarkan untuk berekreasi dan bermain bola sepak semula.

Beliau kini lebih yakin untuk meneruskan impian beliau untuk mewakili Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam kejohanan bola sepak yang akan datang, kerana pandemik covid-19 semakin reda,  beliau boleh melakukan latihan bersama-rakan tanpa perlu risau akan risiko besar dijangkiti wabak berbahaya itu.

“Industri sukan sabah sudah mula untuk hidup semula dengan pembukaan pusat sukan dan pusat rekreasi. Walaupun pandemik banyak menghalang untuk berlatih, saya akan meneruskan impian untuk mewakili pasukan bola sepak negeri Sabah,” katanya.

Menurut Ronelson, walaupun menjadi juara dalam kejohanan baru yang beliau sertai, beliau tidak cepat berpuas hati dan akan berusaha memperbaiki corak permainannya dalam kejohanan lain.

“Menjadi juara selepas sekian lama tidak menyertai mana-mana kejohanan amatlah saya syukuri. Meskipun kami berlatih bersendirian tanpa bantuan jurulatih, namun berkat usaha kami membuahkan hasil” tambahnya.

Beliau berharap semoga industri sukan di Sabah akan terus berkembang dan tidak lagi diberhentikan meskipun kedatangan varian baharu Omicron.

Ronelson dan rakan-rakannya bersemangat berlatih bersungguh-sungguh agar dapat mewakli UMS dalam kejohanan-kejohanan yang akan mendatang. Impi mewakili Sabah FC adalah impiannya sejak dibangku sekolah lagi.

Penulis : Muhammad Faiz Atras bin Faridul Atras

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular