spot_img
HomeSemasaRibuan pekerja kesihatan dijangkiti COVID-19 tahun ini

Ribuan pekerja kesihatan dijangkiti COVID-19 tahun ini

KUALA LUMPUR: Seramai 8,940 pekerja penjaga kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM) dilaporkan dijangkiti Covid-19 sejak 1 Januari hingga 16 Februari 2022.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah penjaga kesihatan yang dijangkiti Covid-19 meningkat mendadak daripada 284 kes pada minggu pertama kepada 3,343 kes pada minggu keenam.

Berikutan itu sehingga semalam, seramai 5,711 pekerja kesihatan didapati tidak dapat datang bekerja kerana disahkan positif COVID-19, manakala 3,119 lagi tidak hadir bekerja kerana menjadi kontak rapat individu yang positif.

“Secara keseluruhannya, kira-kira 3.1 peratus daripada jumlah tenaga kerja di KKM tidak dapat hadir bekerja,” jelasnya.

Walaubagaimanapun, bilangan pekerja kesihatan yang sudah mendapatkan dos vaksin yang lengkap adalah seramai 80.3 peratus.

Dr Noor Hisham menjelaskan secara amnya kira-kira 93.3 peratus daripada keseluruhan pesakit COVID-19 menjalani kuarantin diri di rumah berikutan pemantauan dijalankan secara digital.

Justeru, bagi mengelakkan berlaku kekangan kepada tugasan di lapangan, KKM telah mengambil langkah untuk memastikan kelancaran perkhidmatan sekaligus menjaga pesakit COVID-19 dengan sebaiknya.

Langkah-langkah yang perlu dan dasar penyesuaian telah diperkenalkan berdasarkan data dan amalan semasa yang tersedia di negara lain. KKM juga bekerjasama dengan fasiliti penjagaan kesihatan swasta untuk membantu dalam pengurusan pesakit COVID-19 sementara proses penyembuhan pekerja kesihatan yang telah dijangkiti Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular