spot_img
HomeSemasaPPM rampas daging beku bernilai RM36,900

PPM rampas daging beku bernilai RM36,900

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) merampas 1.3 tan daging beku bernilai RM36,900 dipercayai diseludup masuk melalui kawasan laut utara Pom-Pom.

Menurut Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Semporna, Mohamad Ismail berkata, sepasukan anggota mengesan bot mencurigakan menuju ke sempadan negara.

Beliau berkata, bot itu dipintas untuk pemeriksaan dan mendapati dua lelaki berusia 29 dan 46 tahun, bersama beberapa kotak daging ayam dan lembu dianggarkan 1,300 kg.

“Kedua-dua suspek gagal mengemukakan sebarang dokumen yang membenarkan mereka membawa masuk daging beku ke negara ini,” katanya sambil menambah daging beku itu diseludup keluar dari negara ini.

Walau bagaimanapun, kes berkenaan telah dirujuk ke Jabatan Veterinar Semporna bagi siasatan lanjut.

Sementara itu, beliau menggesa komuniti maritim melaporkan sebarang aktiviti haram di kawasan mereka kepada Pusat Komunikasi PPM Sabah di talian 013-9391197.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular