spot_img
HomeSemasaPolis siasat majlis kahwin selebriti terkenal didakwa langar SOP

Polis siasat majlis kahwin selebriti terkenal didakwa langar SOP

Bentong: Tular di media sosial video berdurasi 41 saat, memaparkan majlis perkahwinan selebriti terkenal tanah air di Genting Highlands yang dikesan tidak mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4.

Ketua Polis Bentong, Superintenden Zaiham Mohd. Kahar berkata, pihaknya sudah membuka kertas siasatan susulan laporan yang diterima pada 10.30 malam tadi yang dimuat naik di laman sosial Facebook (FB), memaparkan perkahwinan pasangan itu di sebuah villa di Genting Highlands.

Menurutnya, menerusi paparan itu, tetamu yang hadir dilihat tidak memakai pelitup muka, tidak mengamalkan penjarakan fizikal, dan menyaksikan suasana kemeriahan itu secara terang-terangan melanggar SOP dengan langsung.

Kes ini disiasat di bawah Perkara 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) 2021.

Sehubungan itu, Zaiham mengingatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden tersebut bagi memudahkan siasatan dijalankan.

“Saya ingin menasihatkan orang ramai supaya terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN)” tambahnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular