PENAMPANG: Jurucakap Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Penampang berkata, lebih kurang dalam 12 kampung dan taman perumahan dilanda banjir susulan hujan lebat sejak petang semalam.
Dilaporkan 10 jalan ditenggelami air sehingga menyukarkan dilalui kenderaan dan paras air Sungai Moyog pula melebihi paras bahaya apabila mencatatkan ketinggian 9.40 meter.
“Antara kawasan yang dinaiki air adalah Taman Donggongon, Kampung Tuavon, Kampung Kambau, Kampung Dabak, Kampung Nambazan, Kampung Kolopis, Kampung Inobong, Kampung Kibabaig dan Kampung Gunsing serta Penampang Proper.
“Jalan yang dinaiki air pula adalah membabitkan Jalan Datuk Panglima Banting, Jalan Dakata, Jalan Kasigui, Jalan Tuavon, Jalan Kolopis, Jalan Edmund Labunda, Jalan Nambazan, Jalan Kibabaig, Â Jalan Inobong serta Bulatan Siga berhampiran Pekan Donggongon,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Semua agensi terbabit sudah diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga untuk melakukan pemantauan serta operasi banjir dari semasa ke semasa.
Pusat pemindahan juga sudah dibuka di Rumah Kelab Kompleks Sukan Penampang sebagai persediaan sebarang keperluan memindahkan penduduk terjejas.
“Ketika ini, Sekolah Menengah St Michael Penampang turut dilaporkan ditelenggelami air.
“Pemantauan terpaksa dilakukan dari semasa ke semasa disebabkan keadaan cuaca yang tidak menentu,” tambahnya lagi. – BERITA HARIAN