spot_img
HomeSemasaPelaksanaan projek RMK-12 perlu dipercepat, tiada lagi kelewatan

Pelaksanaan projek RMK-12 perlu dipercepat, tiada lagi kelewatan

KOTA KINABALU: Semua projek pembangunan yang diluluskan melalui Rolling Plan 2 di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) mesti dilaksanakan segera untuk manfaat rakyat.

Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor berkata, semua projek perlu dilaksanakan segera terutama projek berbentuk ‘touch point’, dan tiada lagi alasan kelewatan pelaksanaan projek disebabkan penularan COVID-19.

“Sebarang kelewatan dalam melaksanakan projek diluluskan hanya merugikan rakyat dan kerajaan kerana ia akan meningkatkan lagi kos pelaksanaannya,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg) Sabah, kelmarin.

Jelas beliau, aktiviti ekonomi perlu terus digerakkan dan program atau projek pembangunan mesti dipergiatkan. Oleh itu, semua pihak harus menggariskan pelan tindakan untuk memberi manfaat kepada rakyat di peringkat negeri dan daerah.

Sementara itu, beliau menyeru Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Negeri (JTPNg) Sabah memainkan peranan sewajarnya mengikut ketetapan Arahan No. 1, 2022.

“Sekiranya terdapat masalah atau isu dalam pelaksanaan program atau projek pembangunan yang tidak dapat diselesaikan di peringkat daerah, ia perlu dibincangkan dengan agensi berkaitan,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular