HomeSemasaMustapha sertai penutup Konvensyen Wakaf Dakwah Antarabangsa 2026

Mustapha sertai penutup Konvensyen Wakaf Dakwah Antarabangsa 2026

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Ts. Mustapha Sakmud menghadiri Majlis Penutup Konvensyen Wakaf Dakwah Antarabangsa 2026 yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Premier Sarawak merangkap Yang Dipertua PERKIM, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menerusi satu hantaran di media sosial, Mustapha berkata konvensyen itu menjadi platform penting untuk memperkukuh kefahaman bahawa dakwah bukan sekadar menyampaikan ilmu, malah berperanan membentuk masyarakat yang berteraskan nilai kasih sayang, hikmah, perpaduan dan kemanusiaan.

Menurut beliau, pendekatan dakwah juga perlu terus berkembang selari dengan kemajuan teknologi serta perubahan landskap masyarakat agar mesej Islam dapat disampaikan dengan lebih berkesan.

Katanya, penyampaian dakwah yang berhikmah, inklusif dan dekat dengan generasi muda amat penting bagi memastikan keindahan serta rahmat ajaran Islam terus dapat dihayati oleh semua lapisan masyarakat.

“Usaha memperkasa wakaf dan gerakan dakwah perlu diteruskan supaya dapat menyumbang kepada pembinaan masyarakat MADANI yang lebih berilmu, berakhlak dan sejahtera,” katanya.

Beliau berharap segala usaha memperkukuh institusi wakaf dan gerakan dakwah akan terus dipermudah serta menjadi amal jariah yang berpanjangan, di samping memperkasakan pembangunan masyarakat berteraskan nilai-nilai Islam.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular