spot_img
HomeSemasaMetMalaysia sangkal dakwaan ribut yang tular di media sosial

MetMalaysia sangkal dakwaan ribut yang tular di media sosial

KUALA LUMPUR : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menafikan dakwaan berkenaan ribut Taufan Rai yang tular di platform media sosial termasuk Whatsapp baru-baru ini.

Menurut MetMalaysia semalam, Taufan Rai kini bergerak ke arah tenggara  Da Nang, Vietnam pada kira-kira 20 kilometer sejam dan jauh dari Malaysia.

Kenyataan itu juga menyatakan nasihat Taufan Rai terkini dikeluarkan oleh MetMalaysia pada 2.45 petang semalam dan akan dikemas kini setiap tiga jam.

Baru-baru ini juga tular sebuah laman web dan media sosial memberikan amaran hujan berterusan membabitkan 12 negeri termasuk Kuala Lumpur yang kononnya disebabkan oleh Taufan Rai.

Oleh itu, MetMalaysia ingin mengingatkan orang ramai agar mendapatkan maklumat yang sahih  mengenai ramalan cuaca dan amaran daripada laman web rasmi dan media sosial MetMalaysia.

Orang ramai juga boleh membuat panggilan melalui talian hotline 1-300-22-1638 dan aplikasi myCuaca.

MetMalaysia juga menegaskan bahawa penyebaran berita palsu atau tidak disahkan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sehubungan itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat palsu melalui SMS atau media sosial yang merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 211 dan 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1988. – Bernama

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular