spot_img
HomeSemasaLelaki tersepit, kereta rempuh lori sampah

Lelaki tersepit, kereta rempuh lori sampah

Kota Kinabalu: Seorang lelaki dalam keadaan tersepit selepas kereta dinaiki merempuh sebuah lori sampah di Jalan Lintas berhadapan Metro Town, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas Agustavia Joe Guasi berkata, kejadian seawal jam 6.16 pagi itu membabitkan sebuah kereta Perodua Kancil yang dipandu mangsa dan lori sampah milik Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

Impak daripada rempuhan menyebabkan mangsa, lelaki berusia 59 tahun tersepit di bahagian tempat duduk pemandu, sebelum diselamatkan pasukan penyelamat yang tiba di lokasi kejadian bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan kebombaan”

“Selepas mangsa berjaya dikeluarkan oleh pasukan penyelamat, lelaki berkenaan kemudiannya diberikan rawatan awal oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) di lokasi kejadian.”

Susulan itu, memandangkan mangsa yang masih berada dalam keadaan separuh sedar, pasukan perubatan segera merujuk mangsa ke hospital menggunakan jentera EMRS untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

Dilaporkan operasi keseluruhan tamat sepenuhnya pada jam 6.33 pagi setelah pemeriksaan akhir dilakukan untuk memastikan lokasi kejadian selamat bagi pemandu lain.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular