spot_img
HomeSemasaLelaki maut, 3 cedera kemalangan 2 kenderaan di Lok Kawi

Lelaki maut, 3 cedera kemalangan 2 kenderaan di Lok Kawi

KOTA KINABALU: Seorang lelaki maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Belakang Kem Lok Kawi, Jalan Putatan awal pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menerima panggilan kecemasan jam 5.08 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba Putatan dengan enam anggota, bersama dua anggota bantuan dari Balai Bomba Penampang digerakkan ke lokasi kejadian.

Komander Operasi, PBK I Marvin Domingo berkata, kemalangan melibatkan sebuah Perodua Alza dan sebuah Mitsubishi Triton.

“Pemandu Perodua Alza, seorang lelaki berusia 31 tahun, didapati tersepit dan berjaya dikeluarkan pasukan bomba namun disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Dua penumpang lelaki dalam kenderaan sama mengalami cedera ringan.

“Seorang lagi mangsa iaitu pemandu Mitsubishi Triton turut cedera parah dan berjaya dikeluarkan sebelum diberikan rawatan awal,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang cedera diberi rawatan awal oleh unit EMRS Bomba dan pasukan perubatan KKM sebelum dibawa ke Hospital Queen Elizabeth I untuk rawatan lanjut.

Katanya, operasi turut disertai polis dan KKM bagi tindakan lanjut.

“Pasukan bomba juga melakukan kerja-kerja pembersihan kawasan kemalangan sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya jam 6.40 pagi,” ujarnya. — DEMI SABAH

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular