SANDAKAN: Suasana penuh meriah dan semangat perpaduan mewarnai Kejohanan Golf Terbuka Sempena Hari Merdeka ke-68 anjuran Parti Bersatu Sabah (PBS) N56 Tanjung Papat dengan kerjasama Ezy Kopitiam dan Syarikat SBG di Sibuga Golf Club, Sandakan.
Majlis penutupan disempurnakan Pemangku Presiden PBS merangkap Timbalan Ketua Menteri II Sabah dan Menteri KKTP negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam.
Menurut Nelson, kejohanan berprestij itu disifatkan sebagai platform mempererat silaturahim selain mengukuhkan peranan PBS dalam mendekati rakyat melalui sukan dan program kemasyarakatan.
Dalam ucapannya, Nelson menegaskan kejohanan ini menjadi bukti kesungguhan PBS N56 Tanjung Papat untuk terus mendekati masyarakat, selain meraikan sambutan Hari Kebangsaan dengan pendekatan segar dan inklusif.
Ujarnya, lebih 150 peserta dan tetamu termasuk pemain dari luar daerah hadir menjayakan kejohanan kali ini yang disifatkan sebagai platform mengeratkan silaturahim di samping mengukuhkan peranan PBS dalam mendekati rakyat melalui sukan dan program kemasyarakatan.
Selain hadiah utama kepada pemenang, acara penutupan turut dimeriahkan dengan cabutan bertuah, dengan sorotan paling mencuri perhatian apabila seorang peserta bertuah membawa pulang sebuah motorsikal baharu.
PBS N56 Tanjung Papat turut merakamkan penghargaan kepada penaja, peserta dan sukarelawan yang telah menjayakan kejohanan ini, yang dijangka akan diteruskan sebagai acara tahunan ikonik di Sandakan. — DEMI SABAH