KOTA KINABALU : Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah menyatakan tiga kertas siasatan telah dibuka berhubung kes pemerasan menggunakan panggilan video lucah yang setakat ini melibatkan anggaran kerugian lebih RM1,000.
Menurutnya, kesemua kes berkenaan berlaku sepanjang bulan ini membabitkan tiga mangsa lelaki berusia antara 19 hingga 23 tahun.
“Kegiatan tersebut dipercayai dilakukan oleh sindiket dari Indonesia yang dikesan aktif menggunakan media sosial termasuk Facebook, Wechat, Michat, dan platform lain,” katanya.
“Kes pertama dilaporkan pada 18 Disember lepas dimana mangsa berkenalan dengan seorang wanita di Facebook yang menggunakan nama akaun ‘Dendrra’,” katanya.
“Kemudian, mereka berkomunikasi menerusi aplikasi WhatsApp selepas suspek mengajak untuk bersembang cerita lucah dan menunjukkan gambar bogelnya untuk menarik perhatian mangsa,” tambahnya.
Menurut Mohd Zaidi, kes kedua dilaporkan berlaku pada 22 Disember lepas apabila mangsa menerima pesanan mesej melalui aplikasi MiChat.
“Suspek kemudian membuat panggilan video melalui aplikasi WhatsApp menggunakan talian 011-64128539 sebelum berlaku sesi berbogel antara mereka,” jelasnya.
Mohd Zaidi juga menyatakan kes ketiga juga dilaporkan berlaku pada hari yang sama apabila mangsa berkenalan dengan seorang menerusi Facebook atas penama Fanesa Aprilia.
“Dimana masa itu suspek menghubungi mangsa menggunakan aplikasi WhatsApp sebelum mengajak mangsa untuk melakukan onani,” tambahnya.
“Mangsa yang terpedaya tidak menyedari aksi tidak senonoh berkenaan dirakam sebelum diugut untuk memberikan wang,” tambahnya lagi.
Mohd Zaidi berkata, siasatan awal mendapati, tiga nombor WhatsApp yang terbabit dalam ketiga-tiga kes ini adalah +62812-7287-3427, +62858-4198-0004 dan +6287897327720.
“Orang ramai dinasihati supaya sentiasa berwaspada dengan taktik sindiket yang memperdayakan mangsa menggunakan modus operandi seperti tiga kes tersebut,” tambahnya.
Katanya, sindiket itu mengugut mangsa untuk membuat pemindahan wang menggunakan video yang dirakam ketika sesi panggilan video sebelumnya. – UB