spot_img
HomeSemasaKemalangan korbankan 10 nyawa, babitkan 3 kereta dan sebuah treler

Kemalangan korbankan 10 nyawa, babitkan 3 kereta dan sebuah treler

SHAH ALAM: 10 penumpang kereta maut dalam kemalangan yang membabitkan empat buah kenderaan di kawasan Rehat dan Rawat USJ Lebuhraya Elite menghala Shah Alam, semalam.

Mangsa yang terkorban dalam kemalangan itu terdiri daripada lima kanak-kanak lelaki, tiga kanak-kanak perempuan dan seorang lelaki dan perempuan dewasa.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihak mereka menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.42 malam.

Menurutnya, seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya serta bantuan enam anggota dari BBP Puchong dihantar ke lokasi kejadian.

“Sejurus tiba di lokasi kejadian, kami mendapati berlaku kemalangan yang membabitkan tiga buah kereta dan sebuah treler,” tambahnya.

“Seramai 17 mangsa terlibat dalam kemalangan itu yang membabitkan dua buah Proton Wira, sebuah Perodua Axia dan sebuah treler.” tambahnya lagi.

Menurut Norazam juga, hasil siasatan lanjut telah berjaya mengenal pasti identiti mangsa yang terlibat dalam kemalangan tersebut.

“Mangsa dikenal pasti sebagai Norul Naziah Buyong, 37, anaknya, Muhamad Razarul Amin Abd Razak, 17; Razatul Aliah, 16; Puteri Hidayah, 12; Muhamad Aizat Syazwan, 10; Muhamad Rolkaizat Rezky, 9; Muhamad Hidayat Hakimie, 7; Puteri Nur Ain Syalwana, 3, dan Muhammad Raid Fathi berusia 10 bulan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

“Seorang lagi mangsa yang meninggal dunia ialah Mohamad Rahimi Rolex, 27. Empat mangsa yang cedera pula ialah Abd Razak Majit, 50, Ihyat Sufi Shokip, 20, Mimie Nafiesa Abdullah, 19, dan Ummi Nasuha Annuwar, 20.

“Manakala pemandu lori berusia 45 tahun dan dua anak lelakinya, masing-masing berusia 19 dan 14 tahun selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Susulan itu, Norazam Khamis menyatakan anggota yang bertugas bertindak mengeluarkan mangsa dengan menggunakan alatan khas dan dibantu oleh sebuah kren bagi mengalihkan lori troli yang terlibat dalam kemalangan itu.

Menurut Norazam, semua mangsa berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Mangsa yang maut dihantar ke Hospital Shah Alam untuk dibedah siasat. Manakala operasi keseluruhan tamat pada jam 2.40 pagi Sabtu,” ujarnya. – Sinar Harian

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular