spot_img
HomePolitikHimpunan Solidariti #JusticeforZaraQairina esok

Himpunan Solidariti #JusticeforZaraQairina esok

KUALA LUMPUR: PAS Wilayah Persekutuan menggesa seluruh rakyat Malaysia, khususnya warga Kuala Lumpur, untuk turun memberikan sokongan padu dalam Himpunan Aman Solidariti #JusticeforZaraQairina yang dijadualkan berlangsung esok bermula jam 8.00 malam di hadapan SOGO.

Himpunan tersebut dianjurkan bagi menzahirkan rasa simpati dan sokongan kepada keluarga Allahyarhamah Zara Qairina, selain menuntut agar pihak berkuasa memastikan keadilan ditegakkan sepenuhnya.

PAS Wilayah menegaskan himpunan akan berlangsung dalam keadaan aman, mematuhi undang-undang, serta tertib.

Orang ramai digalakkan membawa sepanduk atau mesej solidariti dan berpakaian sopan sebagai tanda hormat kepada himpunan tersebut.

Solidariti #JusticeforZaraQairina

“Kehadiran rakyat sangat penting bagi menunjukkan bahawa kita tidak berdiam diri terhadap ketidakadilan. Kita mahu suara rakyat didengari, dan kita mahu keadilan untuk Zara,” tegas kenyataan PAS Wilayah hari ini.

Himpunan tersebut dijangka mengumpulkan pelbagai lapisan masyarakat yang bersatu dalam mesej yang sama – menolak kezaliman dan memperjuangkan kebenaran.

“Saya hadir untuk Zara!”

— DEMI SABAH

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular