KUALA LUMPUR: Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Mohd Aseral Jusman, megumumkan umat Islam akan meyambut Hari Raya Aidiladha pada 20 Julai ini bersamaan hari selasa.
“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, selepas diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka dengan ini saya bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, mengisytiharkan 1 Zulhijjah 1441 Hijrah ialah pada 11 Julai 2021 Masehi.
“Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijjah) bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Selasa, 20 Julai 2021,”katanya menerusi siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM), malam ini.


