spot_img
HomeSemasaGLC perlu bayar dividen RM1 juta setahun

GLC perlu bayar dividen RM1 juta setahun

KOTA KINABALU: Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) Sabah diwajibkan membayar dividen sekurang-kurangnya RM1 juta setahun kepada kerajaan negeri mulai tahun ini.

Menurut Ketua Menteri, Hajiji Noor, tindakan itu akan membantu meningkatkan tabung negeri dan pembangunan kepada rakyat.

Hajiji yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan negeri tidak akan bergantung kepada GLC sahaja untuk mengisi tabung negeri. Dengan itu, kedatangan pelabur amat diperlukan dalam keadaan ini.

“Pelabur datang membawa wang untuk melakukan projek mereka dan ini akan mewujudkan impak positif kepada rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelas beliau, salah satu ciri dalam pelan tindakan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) ialah mewujudkan dasar mesra pelabur.

“Sejak pelancaran SMJ, kami telah menarik lebih daripada 10 syarikat untuk datang melabur di Sabah,” tambahnya lagi.

Menerusi SMJ, Sabah akan mengorak langkah dalam peningkatan ekonomi dan ini terbukti apabila negeri itu, mencatatkan pendapatan terbesar dalam sejarah sebanyak RM5.44 bilion tahun lepas. – BERNAMA

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular