spot_img
HomeSemasaDoktor tertipu macau scam, rugi RM747,000

Doktor tertipu macau scam, rugi RM747,000

TAWAU : Seorang doktor mengalami kerugian sebanyak RM747,000 akibat sindiket penipuan “macau scam”.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Jasmin bin Hussin berkata mangsa lelaki yang berumur 30 tahun menerima panggilan telefon daripada pegawai KKM palsu pada 17 Januari yang lalu. Mangsa diberitahu nama mangsa telah digunakan untuk mengambil ubat di hospital lain.

Selain itu, pihak yang menelefon turut menyamar sebagai pegawai polis dan menuduh mangsa terlibat kes pengubahan wang haram dan kegiatan penyeludupan dadah.

Mangsa turut diminta untuk berikan maklumat kad bank untuk semakan bagi memastikan mangsa terlibat dalam kes pengubahan wang haram atau tidak.

Mangsa yang berjaya diperdaya telah membuat 16 kali transaksi wang kepada akaun bank milik individu dan menyebabkannya menganggung kerugian sebanyak RM 747,000.

Selepas mangsa menyedari dirinya telah tertipu, mangsa tampil untuk membuat laporan polis pada 18hb Mac.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular