SIPITANG: Parti Warisan, mengumumkan Datuk Adnan Puteh sebagai calon Parlimen P178 Sipitang dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15.
“Bukan senang untuk memujuk dia (jadi calon), saya belajar bersamanya di London. Saya bagitahu dengan Datuk Adnan, saya mahu suara lantang sebagai seorang peguam dalam memperjuangkan hak kita di Parlimen,” kata Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Adnan seorang peguam kanan berasal dari Sipitang dan memegang jawatan sebagai Bendahari Warisan Bahagian Sipitang.
Beliau juga pernah menerajui Persatuan Peguam Muslim Sabah (Amal) sebagai presiden.
“Maka, padukan tenaga kita untuk menangkan Datuk Adnan Puteh,” tambah Shafie.