spot_img
HomeSemasaBOMBA bantu pendaki wanita meracau di Gunung Kinabalu

BOMBA bantu pendaki wanita meracau di Gunung Kinabalu

Ranau: Pasukan Bantuan Mencari dan Menyelamat Gunung (MOSAR) membantu seorang pendaki wanita yang meracau semasa berada di Kilometer 4 Gunung Kinabalu, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Ridhwan Taib berkata kejadian jam 7 malam itu membabitkan mangsa berumur 50-an, dipercayai meracau.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 7 malam sebelum sepasukan anggota MOSAR digerakkan ke lokasi bagi memberikan bantuan.

“Pasukan MOSAR kemudiannya membawa mangsa turun ke Timpohon Gate menggunakan pengusung,” katanya.

Mangsa yang dipastikan berada dalam keadaan selamat kemudiannya diserahkan kepada keluarganya untuk dibawa ke rumah penginapan.

Tambahnya, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 1.20 pagi setelah memastikan segala urusan berkaitan diselesaikan.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular