spot_img
HomeEkonomiBantuan Covid-19 kepada Pengiat Seni Sabah

Bantuan Covid-19 kepada Pengiat Seni Sabah

KINABATANGAN: Baru-baru ini, kerajaan negeri Sabah telah meluluskan tambahan peruntukan Bantuan Prihatin COVID-19 berjumlah RM160 juta. Daripada jumlah tersebut Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar menerima peruntukan lebih RM1 juta untuk membantu Pengiat Seni di Sabah.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin berkata, seramai 3,957 individu yang terdiri daripada pengiat seni, pemandu pelancong, malim gunung, porter dan penyelam akan menerima bantuan ‘one-off’ sebanyak RM300 bagi meringankan beban golongan terbabit yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

“menggesa semua pihak yang berkaitan untuk berusaha memperbaiki dan menaik taraf infrastruktur tempat pelancongan sebagai persediaan menerima kedatangan pelancong kelak” katanya ketika mengadakan perjumpaan bersama Ahli Lembaga Pengarah Taman-Taman Sabah.

Mohd Kurniawan Naim Moktar yang juga Ketua Penerangan Pemuda UMNO Sabah menyambut baik pengumuman ini. Beliau berkata peruntukan ini salah satu inisiatif yang baik dan menunjukkan bahawa kerajaan amat menghargai penggiat seni tanah air.

Mohd Kurniawan, EXCO Pemuda Barisan Nasional Malaysia (Kanan)

“Saya menyeru agar semua bersabar dan kita ambil sisi positif pasca covid-19 ini untuk semua penggiat seni menambah kemahiran diri dan bangkit lebih hebat pada masa akan datang” katanya lagi.

Tarikh permohonan baharu dibuka mulai 03 November 2020 sehingga 10 November 2020. Borang boleh didapati di laman sesawang Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah https://culture.sabah.gov.my atau terus menggunakan pautan ini https://forms.gle/joKhSEgYfuEpeonV9 .

-demisabah

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular