spot_img
HomeSemasaBantuan barangan sekolah, ringankan beban ibu bapa - Reduan Aklee

Bantuan barangan sekolah, ringankan beban ibu bapa – Reduan Aklee

KOTA KINABALU : Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Tanjung Aru diketuai oleh Mohd Reduan Datuk Aklee telah menghadiri Program Back To School di beberapa buah sekolah sekitar Kota Kinabalu.

Menurut Reduan,program tersebut dilaksanakan sehubungan dengan pembukaan sesi persekolahan tahun 2022 pada 10hb Januari minggu hadapan.

“Kami mensasarkan murid-murid daripada lima buah sekolah iaitu Sk Stella Maris, Sk Tg Aru I & II, Sk Sembulan dan Sk Pulau Gaya,” tambahnya.

“Golongan sasaran pula adalah keluarga yang kurang bekemampuan yang mana senarai penerima dipilih oleh pihak sekolah masing-masing,” tambahnya lagi.

Reduan berkata, bantuan yang diberikan adalah seperti beg sekolah, alat tulis pensil, pen, buku latihan, pengasah pensil, kotak pensil dan botol air yang merupakan keperluan untuk persekolahan.

Kesempatan itu,Reduan berkata program tersebut adalah anjuran sepenuhnya Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM),Ahli Jawatankuasa Pelaksana dikalangan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Tanjung Aru dan Sembulan, Ketua Kampung serta kerjasama daripada pihak sekolah.

Reduan berharap lebih banyak bantuan dapat disalurkan oleh pihak kerajaan untuk membantu golongan kurang upaya memandangkan kesan kekangan kewangan yang amat serius daripada kesan pandemik ini.

“Saya juga berharap dengan adanya bantuan yang diberikan dapatlah sedikit sebanyak meringankan bebanan ibu bapa murid-murid yang terpilih,” tambahnya.

“In Shaa Allah program kemasyarakatan dan kebajikan rakyat seperti ini akan terus dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat,”tambahnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular