JAKARTA: Setelah tiga bulan diumumkan sebagai pusat pelancongan kepada warganegara terpilih sebelum ini, pegawai berwajib mula mengumumkan bahawa Bali kini menjadi pusat pelancongan yang mengalu-alukan pelancong dari semua negara mulai akhir minggu ini.
Menteri Pelancongan, Sandiaga Uno, berkata sebelum ini Bali secara rasmi dibuka kepada pengunjung dari China, New Zealand, dan Jepun pada pertengahan Oktober, dan susulan itu tiada penerbangan terus dibuka ke Bali.
Setelah keputusan Thailand dan Filipina membuka semula pelancongan lebih meluas, Bali membuat keputusan untuk turut membuka semula pusat pelancongan kepada semua pelancong negara asing.
Keputusan itu dibuat berikutan daripada peningkatan stabil dalam kes COVID-19 di Indonesia bulan ini yang telah berjaya mengawal wabak itu pada separuh kedua tahun lalu.
Bali yang menjadi pusat pelancongan yang terkenal dengan luncur air, kuil, air terjun dan hiburan malam, berjaya menarik sebanyak 6.2 juta pelawat asing pada 2019, tahun sebelum COVID-19 melanda dunia namun akibat sekatan sempadan yang ketat ekoran pandemik telah memusnahkan pusat pelancongan, yang biasanya menyumbang bernilai 54 peratus kepada pembangunan ekonomi.
Singapore Airlines Jumaat lalu berkata, penerbangan ke Bali dari Singapura akan bersambung semula bermula pada 16 Februari.
Menteri Kanan, Luhut Pandjaitan, berkata ekoran daripada pembukaan semula sektor pelancongan kepada pelancong dari pelbagai negara asing, pelancong antarabangsa yang telah divaksin COVID-19 juga masih perlu melakukan kuarantin antara lima hingga tujuh hari agar peningkatan kes covid 19 daripada sektor pelancongan dapat dielakkan sebaiknya.