Kota Kinabalu: Industi Kreatif adalah salah satu cabang yang mampu menjana ekonomi dan mempamerkan bakat dikalangan anak muda.
Dengan itu, pada 29 April 2021, Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengumumkan penubuhan Akedemi Seni dan Teknologi Kreatif (ASTiF) secara rasmi di insitusi awam tersebut.
Ini mampu membangunkan Industri Kreatif Malaysia secara umum dan memperlihatkan hasil seni negeri Sabah secara khasnya yang sinonim dengan pelbagai adat dan budaya.
Naib canselor UMS, Profesor Datuk ChM. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin berkata, ASTiF mampu menyediakan peluang didalam kursus ini dengan menawarkan pelbagai program akedemik yang bersesuaian dengan keperluan pasaran tanpa mengenepikan aspek moral dan etika.
“ASTiF menawarkan kuliah bersifat teori, simulasi, praktikal berasaskan teknologi kreatif dan gunaan berdasarkan keperluan semasa, dengan pengajaran dan pembelajaran secara bersepadu berpandukan modul atau kursus-kursus yang disusun oleh para pensyarah dan pakar industri berpengalaman.
“Ia merupakan satu usaha UMS bagi memastikan pemantapan ekosistem industri kreatif di Sabah melalui kewujudan tenaga mahir dan pakar,” jelas Taufiq.
Ujarnya, UMS memastikan bahawa ASTiF akan menjadi sebuah akedemik seni yang inovatif dalam bidang Pendidikan, penyelidikan, dan pengkormesialan.

Dekan ASTiF, Prof. Madya Dr. Zairul Anuar Md. Dawam berkata, penawaran program termasuklah animasi, pembikinan filem pendek, rakaman digital dan teknologi audio visual, akan disesuaikan dengan keperluan pada masa sekarang.
“Kami berharap untuk mengguna dan menggabungkan teknologi terkini dalam penciptaan dan pameran produk seperti teknologi projection mapping, Virtual Reality (AR) dan Augmented Reality (AR) dalam mempamerkan hasil produk seperti karya catan, seni persembahan pentas dan lain-lain pameran berkaitan,” katanya.

Tambah beliau, pencapaian dan sumbangan ASTiF pada Industri Kreatif sangat jelas apabila graduan akedemik tersebut berjaya mendapat pekerjaan dalam bidang Industri Kreatif.
ASTiF ditubuhkan selepas penguksturan semula Fakulti Kemanusiaan,Seni dan Warisan (FKSW), ASTiF akan mengangkat kepelbagaian budaya dan adat yang mampu membangunkan Industri Kreatif sebagai sebuah ekonomi negara terutamanya negeri Sabah, negeri di bawah bayu.
Penulis Muhammad Bin Mohd Yusof.