Indonesia: Sabtu lalu, Indonesia digemparkan dengan letusan gunung berapi di Surabaya, sekitar pukul 4.30 pagi dengan gempa bumi, berukuran 4.4 magnitude.
Kira-kira pukul 3.00 petang, Gunung Semeru di Lumajang, Jawa yang merupakan gunung tertinggi dengan ketinggian melebihi 12 000 kaki di Jawa Timur pula telah mengeluarkan abu yang sangat tebal. Kejadian tersebut telah mengakibatkan seluruh kawasan menjadi gelap gelita dan disahkan terdapat dua jambatan yang telah runtuh. Kebanyakan rumah pula ditenggelami abu gunung berapi.
Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) meluahkan rasa simpati beliau dengan keadaan masyarakat di negara jiran, Indonesia.
“Hati dan doa saya bersama saudara kita dan adik-adik di Jawa hari ini. Pada hari Sabtu, Gunung Seremu, Gunung tertinggi di Jawa meletus dalam gunung berapi awan cendawan dan sejak itu terus memuntahkan sisa abu, menghalang pencarian mulia dan usaha menyelamat yang dilakukan oleh pihak Indonesia pihak berkuasa.”
Beliau berkata, setakat ini 15 individu telah terkorban dalam letusan itu manakala hampir tiga puluh orang masih hilang. Usaha mencari dan menyelamat diteruskan sejak isnin lagi, bagi mengesan mangsa yang terkesan susulan letusan tersebut.
Anwar Ibrahim turut memuji usaha barisan penyelamat yang bekerja meskipun dalam keadaan yang tidak stabil dan berharap agar rakyat Malaysia saling mendoakan negara jiran yang sedang mengalami musibah.
“Di Malaysia, kita mengambil mudah kebebasan kita daripada ancaman bencana alam itu, tetapi saya berharap agar kita semua dapat mengambil doa tambahan hari ini untuk saudara dan saudari Indonesia di selatan, untuk mereka yang kehilangan orang tersayang dan untuk mereka yang berhadapan dengan ketidakpastian yang hilang ahli keluarga, kehilangan rumah, dan gangguan paksa yang telah mengiringi fitnah ini,” katanya.