KUALA LUMPUR: Penerima dos lengkap vaksin COVID-19, Sinovac yang berusia 18 tahun ke atas diwajibkan untuk menerima suntikan dos penggalak selewat-lewatnya Februari tahun depan.
Memetik ucapan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, individu yang berusia 60 tahun ke atas pula tanpa mengira jenis vaksin yang telah diambil sebelum ini juga perlu mendapatkan suntikan dos penggalak pada tempoh berkenaan.
Status vaksinasi akan bertukar menjadi tidak lengkap sekiranya kumpulan individu yang dinyatakan masih tidak mendapatkan suntikan dos penggalak selepas bulan Februari 2022.
Individu yang disahkan tidak lengkap vaksin akan dihadkan sebarang kemudahan dimana kelengkapan kemudahan sangat berbeza dengan kemudahan yang diterima oleh individu yang telah lengkap menerima vaksin Covid-19.
“Individu yang tidak lengkap vaksin tidak akan menerima sebarang kemudahan yang diberikan kepada penerima dos lengkap vaksin COVID-19,” kata beliau di sidang media hari ini.
Sementara itu, Khairy menambah, Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega akan dibuka semula bagi mempercepatkan prorses pemberian vaksin penggalak.