Kuala Lumpur: Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran ribut petir serta hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 9 malam, hari ini, di beberapa kawasan di Negeri sembilan, Melaka, Johor, Sarawak, dan Sabah.
MET Malaysia melalui laman rasmi sosial mereka memaklumkan, daerah yang terbabit adalah Kuala Pilah, Rembau, dan Tampin di Negeri Sembilan, kawasan Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru di Johor, serta Melaka.
Turut terlibat beberapa kawasan di Sarawak iaitu Seri Aman, Sarikei (Pakan, Julau dan Meradong), Bintulu (Tatau dan Bintulu), Miri (Telang Usan dan Marudi), dan Limbang.
Di Sabah pula membabitkan kawasan Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan) dan Kudat (Kota Marudu).
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimiter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam”.