spot_img
HomePolitikAhli PBS perlu fokus pada kekuatan parti - Jahid

Ahli PBS perlu fokus pada kekuatan parti – Jahid

Kota Marudu: Ahli Parti Bersatu Sabah (PBS) perlu fokus terhadap kekuatan bagi menarik lebih banyak sokongan serta keyakinan rakyat kepada PBS.

Timbalan Presidennya, Datuk Jahid Jahim berkata, semua jentera parti sama ada di peringkat akar umbi mahu pun peringkat tertinggi perlu bekerjasama.

“Marilah kita perkuatkan dalaman parti, kekalkan persefahaman dan kesatuan,” katanya.

Katanya, selagi ahli serta para pemimpin parti berpegang kepada semangat bersatu yang sedia tertanam, tiada yang mustahil untuk mendapat hasil lebih baik selepas ini.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Seminar Ekonomi dan Jelajah Presiden PBS Zon Utara, di Dewan Komuniti Kota Marudu, di sini semalam.

Turut hadir Naib Presiden PBS Datuk Johnny Mositun, Ketua Penerangan PBS Datuk Julita Majungki, Timbalan Setiausaha PBS Hendrus Anding, Ketua Exco Pergerakan Pemuda PBS Christoper Mandut, para Ahli Majlis Tertinggi (AMT) PBS, Ketua-Ketua Bahagian serta Ahli Jawatankuasa (AJK) dari beberapa Bahagian di Zon Utara.

Jahid yang juga Ketua PBS Bahagian Tamparuli berkata, rakyat kini sedang melihat mana-mana parti dan pemimpin yang boleh dipercayai kerana mereka lebih cenderung untuk melihat Sabah agar sama seperti apa yang berlaku di Sarawak.

“Dengan demikian, disaat rakyat ingin melihat sebuah parti yang berintegriti dan berkredibiliti, kita sudah siap sedia untuk menjadi pilihan rakyat,” tambahnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular