SANDAKAN: Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah (PPM) berjaya menahan dan merampas dua buah kapal ikan milik warganegara Vietnam yang telah menceroboh perairan Sandakan secara haram.
Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah, Ahmad Bin Ariffin berkata, pihaknya telah menangkap bot nelayan Vietnam yang terdiri daripada juragan dan awak-awak kapal.
Menurut beliau, pemeriksaan awal mendapati semua tangkapan tidak mempunyai keterangan diri serta tiada kebenaran atau permit bagi menjalankan aktiviti menangkap ikan di perairan Malaysia secara sah dari Jabatan Perikanan Malaysia.

“Tangkapan melibatkan rampasan dua buah kapal, 12 orang lelaki berumur lingkungan 28 sehingga 51 tahun, beberapa set peralatan menangkap gamat dan hasil gamat yang tersimpan dalam beberapa buah tong yang diperolehi secara haram. Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM1, 752.000.00.
“Tangkapan di bawa ke Markas Operasi (PPM) Sandakan untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah seksyen 25(a) Akta Perikanan 1985 untuk juragan kapal dan Seksyen 11(3)(b) Akta Perikanan 1985 untuk peralatan perikanan dan dibawah seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 bagi yang tidak memiliki dokumen,” katanya.


