spot_img
HomeSemasaPPD Sabah digesa buat penilaian, sekolah terjejas banjir

PPD Sabah digesa buat penilaian, sekolah terjejas banjir

TELUPID: Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) digesa membuat laporan terperinci mengenai sebarang kerosakan bangunan atau infrastruktur sekolah disebabkan oleh banjir.

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan II, Mohamad Alamin, laporan itu perlu dibentangkan kepada Kementerian Pendidikan agar perkara ini dapat diselesaikan dengan segera.

“Kita difahamkan minggu depan sesi persekolahan akan dibuka semula. Oleh itu, kita turun untuk melihat sendiri keadaan beberapa buah sekolah, sama ada sekolah tersebut bersedia untuk beroperasi atau pun tidak,” katanya.

Beliau berkata, hal ini amat penting agar sesi pembelajaran murid sekolah yang terjejas dengan banjir tidak terganggu apabila sekolah dibuka semula.

Sebanyak tiga sekolah terjejas banjir di daerah Telupid, iaitu SK Buis, SK Kiabau dan SMK Ulu Sapi.

Tambahnya lagi, lawatan tersebut dibuat selepas mendapat perkembangan berkaitan banjir di Telupid dan beberapa daerah lain di Sabah seperti Pitas dan Kota Marudu.

Walau bagaimanapun, penangguhan sementara sesi persekolahan akan dipertimbangkan, jika terdapat sekolah yang masih digunakan sebagai pusat pemindahan sementara (PPS).

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular