spot_img
HomeSemasa3 premis musnah terbakar di Kudat

3 premis musnah terbakar di Kudat

KUDAT: Sebuah kedai runcit dan dua rumah separuh kekal musnah dalam satu kebakaran di Kampung Perpaduan, Jalan Gumpa Kudat petang semalam.

Komander Operasi, PBK I Denly Asoi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui MERS999 jam 6.15 petang sebelum sebuah jentera bersama 17 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat digerakkan ke lokasi kejadian.

Keadaan rumah yang musnah terbakar.

“Setibanya pasukan bomba jam 6.19 petang, kebakaran melibatkan tiga struktur bangunan iaitu sebuah rumah separuh kekal berkeluasan 40×50 kaki persegi yang musnah 100 peratus, sebuah kedai runcit jenis tidak kekal berkeluasan 30×40 kaki persegi musnah 70 peratus, serta sebuah lagi rumah separuh kekal berkeluasan 20×40 kaki persegi terbakar sebanyak 20 peratus,” katanya.

Beliau berkata, operasi pemadaman menggunakan dua aliran hos sepanjang 200 kaki dengan satu dividing breeching dan tiga pancutan secara kaedah ofensif.

Katanya, sumber air diperoleh melalui kaedah relay pumping daripada Jentera PBS Kampung Air menggunakan pili bomba ke jentera pemadam FRT.

Anggota bomba berusaha memadam kebakaran yang memusnahkan 3 premis di Kudat.

“Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut. Operasi berjaya dikawal jam 6.40 petang dan ditamatkan sepenuhnya pada jam 7.20 malam,” katanya.

Menurutnya, operasi itu turut dibantu 10 anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kampung Air. — DEMI SABAH

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular