spot_img
HomeSemasa153 mangsa banjir di Kampung Minusuh dipindahkan

153 mangsa banjir di Kampung Minusuh dipindahkan

TONGOD: Seramai 153 penduduk dari Kampung Minusuh yang terlibat dipindahkan selepas kampung tersebut dilanda banjir, semalam.

Menurut laporan, semua mangsa yang terlibat dalam banjir berkenaan telah dipindahkan di penempatan sementara di Pejabat Kesihatan Kampung Minusuh.

Kejadian berkenaan dikatakan berlaku akibat hujan lebat di kawasan berkenaan sehingga berlakunya banjir kilat sekitar jam 10.50, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamaluddin berkata, seramai empat anggota digerakkan ke kampung berkenaan bagi operasi menyelamat.

“Pasukan bomba terpaksa menempuh perjalanan sejauh 155 kilometer ke lokasi kejadian, sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 11 malam.

Menurutnya, penduduk kemudiannya dipindahkan oleh anggota polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan sukarelawan Pejabat Daerah Tongod.

“Proses pemindahan dilakukan sebelum ketibaaan anggota bomba dan opererakhir asi tersebut berakhir sekitar jam 6 pagi.

“Penempatan berkenaan hanyalah sementara dan setakat ini belum ada lagi Pusat Pemindahan Sementara (PSS) diaktifkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pasukan bomba masih menjalankan pemantauan di lokasi kejadian, manakala perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. – Utusan Borneo

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular