spot_img
HomePolitikZharif terus pikat hati rakyat Sekong

Zharif terus pikat hati rakyat Sekong

BATU SAPI: Ketua UMNO Bahagian Batu Sapi, Mohd Zharif Aizat Samsudin terus mendekati rakyat marhaen melalui pendekatan mesra rakyat apabila turun padang menyalurkan bantuan bakul makanan kepada penduduk yang memerlukan di kawasan Sekong.

Pendekatan itu bukan sekadar penyampaian bantuan, malah dimanfaatkan sepenuhnya oleh beliau untuk beramah mesra dan mendengar sendiri keluhan penduduk, khususnya berkaitan isu kemudahan asas, ekonomi dan kebajikan setempat.

Menurut Zharif, setiap rungutan dan pandangan daripada rakyat akan dijadikan panduan penting untuk dibawa ke pihak berwajib bagi mencari penyelesaian yang terbaik.

Zharif menyatakan kesediaannya untuk berkhidmat kepada rakyat Sekong seperti perjuangan arwah bapanya.

“Saya datang bukan sekadar menyampaikan bantuan, tetapi mahu mendengar suara mereka.

“Apa juga masalah yang dibangkitkan, saya akan cuba bantu selesaikan melalui saluran yang betul,” katanya.

Dalam kesempatan itu, Zharif turut mendengar luahan anak muda kampung yang aktif dalam bidang sukan namun berdepan kekangan kemudahan dan peralatan.

Zharif menyampaikan sumbangan bola tampar kepada belia dan penduduk Kampung Bahagia, Batu Sapi.

Sebagai tanda sokongan kepada belia tempatan, beliau tampil menghulurkan sumbangan bola sepak dan bola tampar bagi membolehkan aktiviti riadah mereka diteruskan.

Penduduk yang ditemui menyatakan rasa syukur dan terima kasih atas keprihatinan serta kesanggupan Zharif turun padang bertemu rakyat tanpa mengira waktu.

Rata-rata mereka menzahirkan sokongan penuh dan berharap agar Zharif dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) di kawasan Sekong pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 akan datang.

Zharif mendengar permintaan belia OKU yang mahukan sumbangan bola tampar.

Sementara itu, Zharif menegaskan beliau bersedia dan berkeyakinan untuk terus berkhidmat kepada rakyat sekiranya diberi kepercayaan.

“Saya berpegang kepada prinsip bahawa khidmat kepada rakyat tidak menunggu musim pilihan raya.

“Selagi ada ruang, saya akan terus turun membantu,” ujarnya. — DEMI SABAH

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular