spot_img
HomePolitikZharif terus dekati, santuni rakyat akar umbi

Zharif terus dekati, santuni rakyat akar umbi

BATU SAPI: Penduduk Taman Mawar hari ini menerima kunjungan mesra daripada Timbalan Ketua UMNO Bahagian Batu Sapi, Mohd Zharif Aizat Samsudin, dalam satu ziarah prihatin yang penuh dengan semangat kekeluargaan dan keprihatinan terhadap masyarakat setempat.

Dalam kunjungan tersebut, Mohd Zharif meluangkan masa beramah mesra dengan penduduk sekitar sambil mendengar sendiri aduan, keluhan serta cadangan penambahbaikan kemudahan di kawasan perumahan itu.

Beliau turut menegaskan bahawa keutamaan beliau adalah untuk memastikan suara rakyat di peringkat komuniti tidak dipandang ringan.

Zharif (kanan) mendengar rungutan dan aduan penduduk Taman Mawar sebelum mengagihkan sumbangan bakul makanan.

“Saya mahu setiap rungutan dan pandangan penduduk didengar secara terus.

“Dari situ, kita boleh cari jalan penyelesaian yang cepat dan berkesan,” katanya ketika ditemui.

Selain mendengar masalah setempat, Mohd Zharif turut menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada beberapa keluarga di kawasan tersebut sebagai tanda keprihatinan terhadap beban hidup yang ditanggung masyarakat, khususnya golongan berpendapatan rendah.

“Bantuan ini mungkin kecil, tetapi saya berharap ia mampu meringankan sedikit keperluan harian mereka.

“Yang penting kita tunjukkan bahawa pemimpin sentiasa ada bersama rakyat,” ujarnya.

Penduduk yang ditemui menyambut baik kehadiran beliau yang disifatkan sebagai pemimpin muda yang dekat dengan rakyat dan tidak kekok turun padang bagi memahami realiti kehidupan sebenar masyarakat Batu Sapi. — DEMI SABAH

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular