spot_img
HomeEkonomiZharif dekati pengusaha bundle, sokong semarakkan semula festival bundle

Zharif dekati pengusaha bundle, sokong semarakkan semula festival bundle

SANDAKAN: Timbalan Ketua UMNO Bahagian Batu Sapi, Mohd Zharif Aizat Samsudin, terus mendekati golongan peniaga kecil apabila kali ini beliau meninjau serta mendengar sendiri keluhan pengusaha bundle di sekitar daerah ini yang berharap suasana perniagaan mereka kembali rancak seperti dahulu.

Dalam pertemuan santai bersama beberapa pengusaha bundle tempatan, Zharif diberitahu mengenai hasrat mereka agar pihak berkuasa tempatan dan penganjur-penganjur dapat mengembalikan semula Karnival Bundle atau Bundle Fest yang pernah menjadi tumpuan peminat barangan vintaj dan terpakai di Sandakan sebelum ini.

Seorang peniaga, Rudi Alham Zulkifli, 46, berkata, ramai pengusaha berharap program seperti itu dihidupkan kembali memandangkan sambutan penggemar dan pengumpul (collectors) terhadap barangan bundle masih tinggi.

Rudi Alham Zulkifli

“Bila bertemu Tuan Zharif, kami suarakan hasrat untuk kembalikan Bundle Fest sebab ramai juga collectors dari luar negara dan Semenanjung bertanya kenapa sudah lama tiada event di Sandakan.

“Bagi mereka, Sandakan antara lokasi terbaik pernah dianjurkan,” katanya.

Seorang lagi peniaga, Jupridin Rustam, 47, berkongsi pengalaman penganjuran Car Boot Sale yang pernah menarik penyertaan meluas termasuk dari Semenanjung Malaysia, Sarawak, Lahad Datu dan Tawau.

Jupridin Rustam

“Event seperti car boot sale boleh dibuat lebih kerap, contohnya di kawasan padang, piazza Harbour Mall atau tempat letak kereta IJM. Tak perlu khemah, cukup susun kereta dan jual.

“Ini lebih fleksibel untuk kami berniaga hujung minggu,” katanya.

Menurut mereka, penganjuran sebelum ini bukan sahaja menghidupkan semula ekonomi tempatan, malah memberi kesan positif kepada industri pelancongan dan perhotelan.

Katanya, hotel-hotel sekitar Sandakan pernah mencatatkan kadar penginapan penuh, sementara peniaga makanan dan aksesori turut meraih limpahan pelanggan sepanjang karnival berlangsung.

Sementara itu, Mohd Zharif menyifatkan peluang bertemu pengusaha bundle sebagai pengalaman berharga untuk memahami aspirasi dan semangat golongan muda yang menjadikan perniagaan itu sebagai sumber pendapatan.

Zharif (duduk kiri) santai mendengar hasrat dan keluhan peniaga bundle.

“Saya amat menghargai usaha mereka yang kreatif mencari rezeki. Mereka ini bukan peniaga besar, tapi ada minat dan komuniti tersendiri yang aktif setiap minggu.

“Harapan saya agar pihak berkuasa tempatan dapat memudahkan urusan mereka berniaga di lokasi sesuai, termasuk melalui kaedah car boot sale,” katanya.

Beliau menegaskan sokongannya terhadap inisiatif seperti ini yang bukan sahaja membuka peluang ekonomi baharu, tetapi juga menghidupkan semula suasana bandar Sandakan dengan aktiviti yang menarik minat belia dan pelancong. — DEMI SABAH

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular