spot_img
HomeSemasaSAFA Tuaran rangkul johan Piala Sabah 2022

SAFA Tuaran rangkul johan Piala Sabah 2022

KOTA KINABALU: SAFA Tuaran berjaya menewaskan SAFA Tawau dalam Grand Final Piala Sabah 2022 di Stadium Likas, kelmarin.

Bekas penyerang negara, Rozaimi Abd Rahman menjaringkan gol tunggal bagi SAFA Tuaran menerusi rembatan kencang pada minit ke-62.

SAFA Tuaran menerima RM30,000 sebagai johan, diikuti naib johan, SAFA Tawau yang membawa pulang wang tunai berjumlah RM20,000.

Dalam pada itu, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Shahelmey Yahya hadir bagi mewakili Ketua Menteri, Hajiji Noor untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Presiden SAFA Tuaran, Kassim Razali, berbangga dengan pencapaian skuad itu yang menampilkan barisan bekas Rhinos Mafry Balang, Zuraindey Jumai, Jufrey Omopor, Ronny Harun dan Julamri Muhammad.

“Saya amat berbangga dengan pasukan SAFA Tuaran kerana berjaya memenangi kejohanan itu buat pertama kalinya,” katanya selepas penyampaian hadiah.

Menurut Presiden SAFA Tawau, Nizam Abu Bakar Titingan, skuad remaja itu tidak seharusnya berkecil hati selepas kekalahan itu.

“Walaupun nasib tidak menyebelahi kali ini, kami tetap akan melakukan kemajuan dari semasa ke semasa,” jelasnya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Juil Nuatim memuji Jawatankuasa Pertandingan Tempatan diketuai, Azman Mastar atas usaha baik dalam penganjuran kejohanan itu.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular