spot_img
HomeSemasaRakan selamatkan remaja cuba terjun bangunan

Rakan selamatkan remaja cuba terjun bangunan

PUTATAN: Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun berjaya diselamatkan selepas dipercayai cuba membunuh diri dengan terjun dari tingkap di tingkat dua bangunan Wisma Seri Kejura di sini, malam tadi.

Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Putatan, PB Muhammad Furqan Abdullah, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 11.29 malam melalui talian balai sebelum sepasukan empat anggota bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira tiga kilometer dari balai.

“Sebaik tiba di lokasi didapati seorang remaja berada di tingkat dua bangunan tersebut dan dipercayai cuba terjun.

“Bagaimanapun, tindakan pantas rakan-rakan mangsa berjaya menghalangnya daripada berbuat demikian,” katanya.

Menurutnya, pasukan bomba kemudian bertindak menenangkan mangsa dan memastikan kawasan kejadian berada dalam keadaan selamat sebelum menyerahkan remaja berkenaan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi yang turut disertai tiga anggota PDRM dan dua petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu ditamatkan sepenuhnya jam 1.08 pagi tadi selepas keadaan disahkan terkawal.

Mangsa dilaporkan selamat tanpa mengalami kecederaan serius. — DEMI SABAH

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular