spot_img
HomePolitikPRU Sabah peluang rakyat pilih calon Harapan berkaliber, berintegriti - Dr Sathia

PRU Sabah peluang rakyat pilih calon Harapan berkaliber, berintegriti – Dr Sathia

KOTA KINABALU: Pengarah JPRN Selangor yang turut diberi amanah menyelaras gerak kerja Pakatan Harapan (PH) bagi kawasan Sindumin, Inanam dan Moyog, Dr. Sathia Prakash Nadarajan, menegaskan PRU Sabah kali ini merupakan peluang besar kepada rakyat negeri itu untuk memilih calon yang benar-benar berkemampuan membawa suara Sabah ke peringkat nasional.

Beliau berkata, pengundi tidak seharusnya terpengaruh dengan gambaran negatif yang sedang dimainkan pihak tertentu terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX), sebaliknya perlu menilai berdasarkan rekod kerja, integriti dan kemampuan sebenar setiap calon.

Menurutnya, calon Harapan di tiga kawasan berkenaan terdiri daripada individu berwibawa serta berakar kuat dalam masyarakat setempat.

Perbincangan Dr Sathia bersama Yamani Hafez Musa mengenai gerak kerja kempen PRU DU Sabah 17.

“Di Sindumin, Datuk Yamani Hafez Musa, bekas Timbalan Menteri Kewangan II, membawa pengalaman pentadbiran persekutuan selain pernah merangka pelan jangka panjang bagi merancakkan pembangunan asas di kawasan itu termasuk cadangan pelabuhan antarabangsa, pembangunan Lumadan dan peningkatan jaringan logistik.

“Sokongan pemimpin dan masyarakat Lundayeh juga membuktikan penerimaan luas terhadap kepimpinan beliau,” katanya.

Yamani Hafez

Sementara itu, di Inanam, penyandang ADUN, Datuk Peto Galim yang juga Penolong Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah serta Timbalan Pengerusi PKR Sabah, terus dilihat sebagai pemimpin pragmatik yang menumpukan projek nyata.

“Peto dikenali dengan pelaksanaan projek mitigasi banjir Likas, penambahbaikan infrastruktur jalan, pembinaan Rumah Mesra Rakyat serta program sokongan untuk peniaga kecil, semuanya hasil kerjasama kukuh antara kerajaan negeri dan Persekutuan,” ujarnya.

Peto Galim

Di Moyog, Sathia berkata, PH menampilkan calon anak jati kawasan berkenaan, Remysta Jimmy Taylor yang lahir, membesar dan menetap di Moyog.

Menurutnya, Remysta membawa pendekatan ekonomi komuniti dengan fokus kepada pelancongan homestay, pertanian bukit, perusahaan kecil serta penyelesaian isu tanah adat yang sekian lama menjadi keutamaan penduduk Moyog.

“Penerimaan positif sepanjang kempen membuatkannya yakin mampu menewaskan pencabar meskipun berlaku pertandingan 12 penjuru,” katanya.

Remysta Jimmy

Dalam pada itu, Dr. Sathia turut menegaskan bahawa PMX sedang melaksanakan perubahan besar yang membawa impak bukan sahaja di Malaysia, malah di peringkat global.

Katanya, dunia mengiktiraf diplomasi MADANI dan kestabilan yang dibawa Perdana Menteri, manakala pelabur asing semakin yakin untuk melabur di Malaysia.

Di Sabah pula, jelasnya peruntukan pembangunan terus meningkat dan pengembalian hasil negeri diperkukuh.

“Ironinya, dunia memuji PMX, tetapi ada pihak di dalam negara yang sibuk menyerang beliau demi kepentingan politik.

“Rakyat harus menilai siapa yang bekerja untuk negara dan siapa yang sekadar bermain persepsi,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa ini adalah masa untuk rakyat Sabah memilih pemimpin yang mampu bekerja dan mempunyai hubungan langsung dengan Kerajaan Persekutuan.

Menurutnya, Yamani Hafez, Peto Galim dan Remysta Jimmy Taylor bukan sekadar calon biasa, tetapi barisan tenaga yang mampu membawa suara Sabah ke Putrajaya.

“Inilah masa Sabah bangkit dengan memilih wakil yang benar-benar bekerja,” tegasnya. — DEMI SABAH

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular