spot_img
HomeSukanPiala ADUN Tambunan 2021, tonjol bakat muda

Piala ADUN Tambunan 2021, tonjol bakat muda

Tambunan: Bagi semarakkan lagi semangat kesukanan bola sepak Sabah, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G Kitingan telah melancarkan pertandingan Bola Sepak Piala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.39.

Pengerusi penganjur, Prem Kitingan berkata, anjuran ini akan menjadi satu pelan perancangan awal untuk menaikkan semula sukan bola sepak Tambunan dengan mengambilkira kemerosotan aktiviti kesukanan itu sejak 2017 lalu ditambah lagi dengan keadaan pandemik yang menyukarkan keadaan.

“Acara ini adalah satu usaha untuk memupuk semangat sukan bola sepak di kalangan masyarakat Tambunan, mencungkil bakat-bakat baharu serta mengeratkan hubungan silaturahim masyarakat daerah ini dengan para pemimpin masyarakat”

“Kerjasama daripada Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Tambunan, anjuran pertandinan dapat dilaksanakan dengan jayanya dan saya harapkan pertandingan sebegini dapat diteruskan dan dijadikan acara tahunan” katanya.

Beliau turut  menyeru agar semua pihak yang terlibat haruslah sentiasa mematuhi SOP agar tiada berlakunya jangkitan Covid-19.

Jeffrey yang juga Menteri Pertanian Dan Perikanan Sabah berkata, penganjuran program bola sepak ini akan menjadi titik penolak kepada aktiviti kesukanan yang lain untuk menonjolkan lagi bakat-bakat terpendam atlet Tambunan khususnya.

“Kami mengharap penganjuran bola sepak pada hari ini akan menggalakkan pertandingan-pertandingan sukan yang lain seperti badminton, sepak takraw dan apa jua program-program sukan yang lain”

“Bukan sahaja untuk kesihatan, tetapi juga untuk menggalakan perpaduan di antara satu dengan yang lain” tambahnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular