spot_img
HomePolitikPasar raya perlu sensitif keperluan pelbagai agama - PAS Sabah

Pasar raya perlu sensitif keperluan pelbagai agama – PAS Sabah

KOTA KINABALU: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Negeri Sabah menggesa supaya semua pasar raya atau kedai perlu sensitif dengan keperluan serta sentimen pelbagai agama di Sabah.

Setiausaha PAS Sabah Dr. Aliakbar Gulasan berkata, ia berikutan perkara yang berlaku di sebuah pasar raya di Keningau, yang menjual daging babi tanpa membuat pengasingan troli bagi kegunaan pengguna.

“Saya berpandangan ini merupakan satu penghinaan terhadap sensitiviti umat Islam. Pasar raya sepatutnya memahami hal ehwal agama lain ataupun perlu merujuk kepada pihak berkuasa agama terlebih dahulu.

“Saya yakin semua masyarakat di Sabah umumnya sudah saling memahami kehendak agama lain di Sabah,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata PAS Sabah mengucapkan tahniah kepada netizen yang telah memainkan peranan proaktif dalam menangani masalah berkenaan.

“Saya juga mengucapkan tahniah kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan Majlis Daerah Keningau yang telah turun sendiri menyelesaikan masalah ini.

“Saya menasihatkan semua masyarakat di Sabah khususnya peniaga pasaraya lebih sensitif dan berhati-hati dalam semua tindakan perniagaan mereka,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular