spot_img
HomePolitikKeputusan MIC tidak jejas fokus sokong terhadap PMX

Keputusan MIC tidak jejas fokus sokong terhadap PMX

KOTA KINABALU: Keputusan sama ada MIC kekal atau keluar daripada Barisan Nasional (BN) tidak memberi kesan besar terhadap hala tuju politik semasa, kata Pengarah Jabatan Pilihan Raya Negeri (JPRN) Selangor, Dr. Sathia Prakash.

Menurut beliau, perkara paling utama pada ketika ini adalah memastikan sokongan pengundi diberikan kepada parti yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) kerana negara memerlukan kepimpinan yang stabil dan berwibawa.

Dr Sathia Prakash

“Apa yang lebih penting, khususnya dari sudut pandang JPRN Selangor adalah kita memilih Parti Keadilan Rakyat (PKR) dipimpin Perdana Menteri.

“Pada ketika ini, tidak ada tokoh lain yang lebih layak memimpin negara selain PMX,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menegaskan, tumpuan utama perlu diberikan kepada usaha memperkukuh mandat Perdana Menteri, memandangkan kepimpinan PMX disifatkan paling konsisten, stabil dan berorientasikan rakyat.

Katanya, sebarang percaturan politik oleh mana-mana parti tidak harus mengalih perhatian daripada matlamat memastikan Malaysia terus mara ke hadapan di bawah kepimpinan yang komited terhadap agenda reformasi, perpaduan dan tadbir urus baik.

“Keutamaan kita ialah memastikan Malaysia tidak tersasar daripada landasan pembaharuan yang sedang dibawa.

“PMX telah membuktikan komitmennya dalam menerajui negara tanpa meminggirkan mana-mana pihak, sama ada dari Sabah, Sarawak atau Semenanjung,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Dr. Sathia berkata adalah penting rakyat khususnya di Sabah memahami kepentingan untuk terus berada sebaris menyokong kepimpinan Perdana Menteri demi kesinambungan pembangunan nasional. — DEMI SABAH

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular