spot_img
HomePolitikKebangkitan anak muda BN pada PRU DUN Sabah - Mohd Rafi

Kebangkitan anak muda BN pada PRU DUN Sabah – Mohd Rafi

MEMBAKUT: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Rafi Alli Hassan teruja dengan kebangkitan anak muda Sabah yang inginkan perubahan secara total pada negeri Sabah di Bawah Bayu.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Labuan hadir ke Program Santai Anak Muda di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Mawao dan PDM Bandau di Dun N31 Membakut.

“Saya telah pusing satu Sabah, ke Tawau, Sandakan. Tadi di Beaufort dan malam ini di Membakut”

“Salut! kebangkitan anak-anak muda dan saya rasa bangga dengan kehadiran yang sangat ramai pada malam ini,” katanya.

Seramai 800 orang hadir ke Program Santai Anak Muda di PDM Mawao dan Bandau. Turut hadir Timbalan Menteri Luar Negeri Malaysia, Datuk Mohamad Alamin merangkap Ketua UMNO Bahagian Kimanis, Rusman Dulamit, Penyelaras Dun Membakut merangkap Timbalan Ketua Bahagian UMNO Kimanis dan Mohd Zulfadli Musri, Ketua Pemuda UMNO Kimanis.

“Jangan fikir soal siapa calon di Membakut dan Bongawan. Paling penting 29 hari bulan, kita mahu cari parti yang akan menerajui kerajaan negeri Sabah”

“Untuk menyelesaikan masalah rakyat Sabah yang kita hadapi sekarang ini,” jelasnya.

Tambah Mohd Rafi, Sabah sudah merdeka lebih 60 tahun tetapi jauh ketinggalan dengan pembangunan.

“Adakah kamu rasa di Membakut, Bongawan, Papar macam seperti Kuala Lumpur? atau macam di Labuan?

“Tengok Labuan apa yang Barisan Nasional buat, tidak ada jalan macam naik ke bulan seperti di Membakut”

Beliau kecewa apabila setiap Pilhan Raya, rakyat asyik diarah untuk pilih pemimpin, pilih kerajaan. Waktu berkempen macam-macam dijanjikan.

“Tapi bila sudah jadi wakil rakyat. Adakah mereka menjadi wakil rakyat?

Waktu di atas pentas tawar segalanya. Bukan jalan seperti naik ke bulan. Janji mereka bawa kita naik ke bulan sebenarnya,” tambahnya.

Program Santai Anak Muda PDN Bandau
Program Santai Anak Muda di PDM Mawao

Rafi berkata dengan kehadiran lebih 800 orang pada malam ini adalah kebangkitan kepada Barisan Nasional (BN).

“Mereka membawa harapan untuk BN selesaikanlah masalah rakyat di Dun Membakut, ini satu harapan rakyat,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular