spot_img
HomePolitikAruna yakin pertahan DU Gum Gum

Aruna yakin pertahan DU Gum Gum

GUM GUM – PENYANDANG kerusi Dewan Undangan (DU) Gum Gum, Arunarnsin Taib yakin mampu mempertahankan mandat rakyat pada PRU17, berbekalkan rekod khidmat dan sokongan padu masyarakat setempat.

Keyakinan itu hadir selepas beliau menilai sambutan pengundi sepanjang tempoh kempen yang disifatkan sebagai positif serta membuktikan rakyat masih menaruh kepercayaan terhadap kepimpinannya.

Sikap ramah Aruna sangat disenangi rakyat pelbagai peringkat umur.

“Berkat sokongan teguh ahli parti dan kepercayaan rakyat Gum Gum, saya yakin kerusi ini mampu kita pertahankan,” katanya.

Arunarnsin berkata gerak kerja jentera sepanjang kempen berjalan sangat berkesan namun mengingatkan semua pihak supaya tidak leka menghadapi baki hari terakhir sebelum pengundian.

“Kita tidak boleh memandang kecil pihak lawan.

“Kempen mesti diperkukuh sehingga ke saat akhir,” tegasnya.

Sentuhan dan sumbangan Aruna telah dirasai sejak bergelar wakil rakyat di Gum Gum.

Sementara itu, beliau menafikan dakwaan segelintir calon yang membidas kononnya kerajaan Warisan tidak melakukan apa-apa pembangunan di Gum Gum sebelum ini.

“Mereka sengaja menutup mata. Warisan sudah ada pelan pembangunan yang jelas namun selepas diambil alih GRS banyak perancangan itu tidak diteruskan. Mereka tidak ikut pelan asal,” katanya.

Sebagai contoh beliau menjelaskan struktur baharu Pasar Umum Gum Gum sepatutnya dibina lebih tertutup di bahagian bawah seperti yang dirancang namun perubahan pentadbiran menyebabkan pelan asal tergendala.

“Sebenarnya banyak lagi perancangan yang terhenti.

“Tapi meskipun Warisan bergerak sebagai pembangkang, khidmat kepada rakyat tidak pernah terhenti,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular