Semalam Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah manghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Abdulaziz di Kuantan, Pahang.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata Al-Sultan Abdullah akan mengadakan rundingan dengan Raja-Raja Melayu di Istana Negara dalam masa terdekat bagi membincangkan cadangan-cadangan yang dikemukakan Perdana Menteri semalam.
“Al-Sultan Abdullah amat memahami keperluan kelangsungan pentadbiran negara untuk memerangi ancaman pemularan wabak COVID-19”
“Malah, Seri Paduka Baginda turut amat prihatin terhadap kegelisahan dan kegusaran rakyat ekoran daripada perkembangan terkini ini,” kata Ahmad Fadil dalam kenyataan Istana Negara.
“Sehubungan dengan itu, Al-Sultan Abdullah menasihati seluruh rakyat supaya bertenang, tidak panik dan bersabar dalam menghadapi situasi terkini, sementara menunggu keputusan mengenai cadangan-cadangan tersebut,” kata Ahmad Fadil.
Seluruh rakyat turut dinasihati supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kekeliruan dan keresahan serta menggugat ketenteraman negara.

Mengulas lebih lanjut berkenaan situasi semalam kami menghubungi Pengerusi Biro Latihan dan Pemerkasaan Parti Srikandi Malaysia Mizma Appehdullah .
“setiap yg berlaku pasti ada asbab dan musababnya. Tidaklah Tan Sri Muhyiddin memohon menghadap Yang di-Pertuan Agong jika perkara ini tidak berkaitan keselamatan dan keharmonian negara yang dipayungi baginda Sultan.
“Mesyuarat khas jemaah menteri juga pasti sudah memperhalusi beberapa perkara membabitkan keutamaan kepada rakyat bila lagi ianya terkait isu keselamatan nyawa rakyat akibat penularan Covid19 yg semakin merisaukan dalam negara ini” katanya lagi.
Mizma juga Ketua Srikandi Bahagian Lahad Datu menyatakan jikalau cadangan TSMY dan jemaah menteri diperkenan baginda YDPA bersama Raja-Raja Melayu diwaktu terdekat ini pasti tugas Perdana Menteri kita akan lebih berfokus kepada masalah covid19 dan solusi terbaik lainnya membantu rakyat mendepani kejatuhan ekonomi akibat dari covid19 ini.

“Sama-samalah kita berdoa agar Al-Sultan Abdullah serta Raja-Raja Melayu mencapai kesepakatan bersama dalam mengutamakan rakyat dan melindungi rakyat negara ini daripada apa jua ancaman yang bakal menjerumus rakyat dalam ketidakstabilan lain selain daripada penularan Covid19” tambahnya lagi.


