spot_img
HomePolitikPilih BN demi masa depan Lamag, semangat kebersamaan - MIHA

Pilih BN demi masa depan Lamag, semangat kebersamaan – MIHA

KOTA KINABALU: Ketua UMNO Sabah, Datuk Jafry Ariffin umum Mohd Ismail Haji Ayob (MIHA) sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag.

Mohd Ismail berkata beliau memilih Barisan Nasional (BN) bukan kerana nama atau sejarah semata-mata, tetapi didorong oleh semangat kebersamaan, kefahaman serta matlamat untuk membangunkan Dun N.58 Lamag dan menoktahkan perselisihan pendapat 10 tahun lalu.

“Atas dasar itulah saya memilih BN bukan untuk kepentingan peribadi, tetapi demi masa depan Lamag yang lebih terancang, bersatu, dan membangun bersama,” katanya.

Beliau menambah kerjasama adalah kunci pembangunan bukan kerja seorang individu, dan bukan juga boleh dilaksanakan secara bersendirian.

“Ia memerlukan jaringan kerjasama yang kukuh antara kerajaan negeri, kerajaan Persekutuan, agensi pelaksana, serta wakil rakyat yang mampu duduk semeja dan bergerak sehaluan”

”Memilih platform ini membawa kepada unity sebuah gabungan yang mempunyai pengalaman, struktur, dan saluran yang jelas untuk merealisasikan pembangunan kepada rakyat,” jelasnya.

MIHA percaya masa depan Lamag terletak pada perpaduan dan kerjasama semua pihak. Perbezaan pandangan tidak seharusnya memecah-belahkan kita, sebaliknya menjadi kekuatan untuk membina idea dan solusi yang lebih baik.

“Bijak pandai lidi yang sebatang mudah dipatahkan , tetapi lidi yang diikat dalam satu berkas akan menjadi penyapu yang mampu membersihkan segala rintangan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular