spot_img
HomeUncategorizedKeangkuhan persekutuan atau kegagalan pemimpin negeri - Nik Mohd Nadzri

Keangkuhan persekutuan atau kegagalan pemimpin negeri – Nik Mohd Nadzri

KENINGAU: Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan sekali lagi memilih untuk menuding jari ke arah Kerajaan Persekutuan, dengan mendakwa wujudnya “keangkuhan Persekutuan” terhadap Sabah, kata Pengarah Komunikasi BN Sabah, Nik Mohd Nadzri Nik Zawawi.

Jelas beliau, realitinya, dalam Belanjawan 2025, Sabah telah menerima peruntukan pembangunan sebanyak RM6.7 bilion peningkatan daripada tahun sebelumnya. Ini angka yang jelas menunjukkan keprihatinan Kerajaan Persekutuan terhadap pembangunan Sabah.

“Soalannya sekarang, jika peruntukan sudah diberi, ke mana hilangnya hasilnya? Mengapa Sabah masih terus bergelut dengan isu tiga serangkai air, jalan raya dan elektrik?”

“Bukankah sebahagian besar daripada peruntukan itu telah pun disalurkan terus kepada agensi dan kementerian negeri” soal Nik.

“Jadi siapa sebenarnya yang angkuh? Persekutuan yang memberi, atau pemimpin negeri yang gagal mengurus?”

“Cukuplah menyorok di sebalik slogan “Sabah for Sabahan” bila sudah ketandusan prestasi. Jangan salahkan payung bila diri sendiri tak tahu menari” tambah beliau.

Nik yang juga Ketua UMNO Bahagian Keningau berkata, Jeffrey Kitingan sudah berpuluh tahun berada dalam pentas kuasa dari pembangkang, lompat ke kerajaan, lompat lagi ke jawatan Timbalan Ketua Menteri.

“Tetapi bila rakyat tuntut hasil, dia kembali dengan drama lama: “Persekutuan angkuh. Sabah ditindas.” katanya.

Tambahnya, jika benar Persekutuan angkuh, kenapa bajet untuk Sabah terus meningkat saban tahun? Kenapa projek pembangunan tetap diteruskan walaupun hasil negeri tidak seberapa? Kenapa Kerajaan Persekutuan masih sudi bantu negeri yang dipimpin pemimpin seperti beliau?

“Rakyat kini bukan lagi mudah dipermainkan. Mereka tahu beza antara pemimpin yang bekerja, dan pemimpin yang hanya bijak memekik”

“BN Sabah menolak naratif perpecahan. Kami percaya bahawa kekuatan Sabah bukan terletak pada jeritan slogan, tetapi pada kecekapan, integriti dan keberanian untuk bertanggungjawab” jelanya.

Beliau berkata, Sabah tidak perlukan pemimpin yang menjual emosi, tetapi pemimpin yang menyelesaikan masalah.

“Dan masalah kita hari ini bukan berpunca daripada Putrajaya tetapi daripada tangan-tangan yang gagal mengurus peruntukan rakyat dengan jujur dan amanah”

“Keangkuhan persekutuan adalah alasan orang yang gagal membuktikan kejayaan sendiri.” katanya.

 

 

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular