Teguran audit Pan Borneo perlu tindakan segera – Mustapha
Kota Kinabalu: Teguran Ketua Audit Negara berhubung kelemahan pengurusan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah perlu diambil tindakan segera bagi memastikan kelemahan sama tidak berulang pada fasa projek akan datang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud berkata, teguran berulang dalam Laporan Ketua Audit Negara perlu dijadikan pengajaran untuk mempertingkatkan keberkesanan pengurusan projek.

Katanya, kelemahan yang dibangkitkan menerusi audit bukan sahaja perlu diberi perhatian, malah tindakan susulan perlu dilaksanakan segera bagi mengelakkan kerajaan berdepan tekanan akibat kelemahan pengurusan projek.

“Dengan teguran daripada Ketua Audit Negara ini, kita belajar sesuatu bahawa kita perlu belajar bagaimana pengurusan di negeri-negeri lain.

“Teguran audit tersebut perlu diambil tindakan segera. Sebab akhirnya yang mendapat tekanan adalah kerajaan sendiri sama ada kerajaan Pusat ataupun kerajaan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas penyerahan sumbangan kepada mangsa banjir Parlimen Sepanggar di Dewan Kampung Rampayan, Sepanggar.

Beliau mengulas persoalan Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah Majilis @ Fakharudy berhubung kelewatan tindakan terhadap kelemahan yang dibangkitkan dalam Projek Pan Borneo Sabah walaupun teguran mengenainya telah berulang kali dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara.

Mustapha turut meminta Jabatan Kerja Raya (JKR), kontraktor dan agensi berkaitan meningkatkan usaha bagi memastikan pengurusan projek lebih berkesan.

Katanya, dapatan dan teguran audit perlu dilaksanakan secara positif serta dijadikan panduan untuk memperbaiki pengurusan projek Pan Borneo bagi fasa seterusnya.

“Saya minta supaya pihak JKR, kontraktor dan agensi-agensi berkaitan mempertingkatkan usaha untuk meningkatkan keberkesanan pengurusan projek ini.

“Ambil teguran audit ini dengan positif dan melaksanakan hasil-hasil dapatan ini dan kita jadikan pengajaran supaya projek-projek yang akan datang, sebab projek Pan Borneo ini ada beberapa fasa,” ujarnya lagi.

Lebih 4,000 kontraktor manfaat program latihan PKK
Membakut: Lebih 4,000 kontraktor di seluruh negara mendapat manfaat daripada 582 program latihan yang dilaksanakan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) sehingga September lalu bagi meningkatkan kompetensi kontraktor Bumiputera.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mohamad Alamin berkata, program berkenaan memberi penekanan kepada latihan teknikal secara praktikal di tapak bagi memastikan kontraktor lebih berkemahiran, kompeten dan memahami tanggungjawab mereka kepada masyarakat.

Katanya, pendekatan itu membolehkan kontraktor, khususnya gred G1, mendapat pendedahan secara langsung mengenai pelaksanaan kerja di tapak, selain meningkatkan keupayaan mereka mengendalikan projek dengan lebih berkesan.

“Selain memberikan status Bumiputera di bawah KUSKOP, kita juga memberikan mereka latihan secara langsung di tapak itu sendiri.

“Melalui program ini, kita dapat mendekati kontraktor Bumiputera dan mereka juga lebih dekat dengan masyarakat, sekali gus memahami tanggungjawab besar mereka dalam membantu menyelesaikan isu rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas Program Jualan MADANI KUSKOP sempena lawatan kerjanya ke Binsulok, di sini.

Mohamad berkata, program latihan berkenaan akan diteruskan di lokasi lain bagi memastikan lebih ramai kontraktor Bumiputera mendapat manfaat daripada inisiatif itu.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, KUSKOP turut membantu 3,003 syarikat mendapatkan status Bumiputera, termasuk lebih 1,300 kontraktor gred G1 dari Sabah.

Katanya, usaha itu akan diteruskan bagi memperkukuh penyertaan kontraktor Bumiputera dalam industri pembinaan, di samping meningkatkan keupayaan mereka untuk melaksanakan projek dan memenuhi keperluan masyarakat setempat.

Lebih 2,500 peminat banjiri SICC, melodi malam 3.0 Pria Terhebat catat kejayaan
KOTA KINABALU – Konsert Melodi Malam 3.0: Pria Terhebat anjuran Sembang Kari Entertainment mencatat kejayaan apabila keseluruhan tiket habis terjual, dengan lebih 5,000 peminat membanjiri Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu, bagi menikmati persembahan dua bintang pop Nusantara, Sal Priadi dan Raim Laode.

Berlangsung pada 2 Oktober 2026, konsert edisi ketiga Melodi Malam itu bukan sahaja berjaya menghimpunkan peminat muzik dari Sabah, malah membuktikan sambutan menggalakkan terhadap persembahan artis Nusantara di negeri ini.

Kehadiran lebih 5,000 penonton menjadikan SICC dipenuhi peminat yang hadir menikmati rangkaian lagu popular Sal Priadi dan Raim Laode dalam sebuah persembahan yang sarat dengan emosi, nostalgia dan interaksi bersama penonton.

Lebih menarik, sambutan terhadap konsert berkenaan turut menyaksikan terdapat peminat yang tidak berpeluang mendapatkan tiket selepas keseluruhan tiket dilaporkan habis terjual.

Pengarah Teknikal Sembang Kari Entertainment, Alif Rafiq, berkata sambutan luar biasa itu menjadi petunjuk bahawa komuniti pencinta muzik di Sabah mempunyai minat yang tinggi terhadap persembahan artis berkualiti dari Nusantara.

“Melodi Malam 3.0: Pria Terhebat bukan sekadar sebuah konsert, tetapi menjadi ruang yang mempertemukan artis dan peminat dalam suasana yang dekat, santai dan bermakna.

“Kami amat berterima kasih kepada lebih 5,000 penonton yang hadir memberikan sokongan. Sambutan ini memberi makna besar kepada kami sebagai penganjur dan menjadi dorongan untuk terus membawa pengalaman muzik berkualiti ke Sabah,” katanya.

Menurut Alif, kejayaan edisi ketiga itu turut membuktikan bahawa Kota Kinabalu mempunyai potensi besar sebagai lokasi persembahan muzik yang mampu menarik peminat dari pelbagai latar belakang.

“Kami melihat sendiri bagaimana peminat memenuhi ruang SICC dan sama-sama menyanyikan lagu yang dipersembahkan. Ia adalah satu pengalaman yang sangat bermakna bukan sahaja kepada penonton, tetapi juga kepada artis dan seluruh pasukan yang terlibat.

“Kami juga menerima maklum balas daripada mereka yang tidak sempat mendapatkan tiket kerana konsert telah habis terjual. Perkara ini menunjukkan terdapat permintaan yang sangat baik dan kami akan mengambilnya sebagai salah satu pertimbangan untuk penganjuran akan datang,” katanya.

Melodi Malam 3.0: Pria Terhebat merupakan edisi ketiga siri Melodi Malam yang dianjurkan Sembang Kari Entertainment, dengan matlamat membawa artis dan karya muzik Nusantara lebih dekat kepada peminat di Sabah.

Kejayaan penganjuran kali ini turut mengukuhkan usaha Sembang Kari Entertainment untuk menjadikan Melodi Malam sebagai sebuah platform muzik yang mampu menghubungkan artis serantau dengan komuniti pencinta muzik di Sabah.

Sembang Kari Entertainment merakamkan penghargaan kepada semua penonton, artis, rakan strategik, petugas dan pihak yang terlibat dalam menjayakan Melodi Malam 3.0: Pria Terhebat.

WARISAN, KDM, STAR perkukuh kerjasama bawa kepentingan Sabah – Jumardie
KOTA KINABALU: Hubungan antara Warisan, Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) dan STAR terus diperkukuhkan di peringkat bahagian, susulan kehadiran pimpinan ketiga-tiga parti dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Warisan Sepanggar.

Naib Presiden KDM, Jumardie Lukman, yang juga merangkap Ketua Bahagian P171 KDM Sepanggar, hadir bersama barisan kepimpinan bahagiannya pada majlis berkenaan.

Turut hadir pimpinan STAR Karambunai yang diketuai Datuk Stephen Teo bersama rombongan.

Menurut Jumardie, kebersamaan antara parti-parti tempatan itu perlu terus diperkukuhkan di peringkat akar umbi dalam membawa isu dan kepentingan Sabah.

Katanya, hubungan antara pimpinan di peringkat bahagian juga penting bagi memastikan kerjasama yang dibina dapat diterjemahkan melalui program dan gerak kerja bersama.

Kehadiran pimpinan KDM dan STAR pada AGM Warisan Sepanggar itu turut dilihat sebagai kesinambungan hubungan antara ketiga-tiga parti di peringkat tempatan.

Pada penutup majlis, Jumardie mengajak seluruh hadirin melaungkan seruan bersama sebagai simbol kesatuan.

“Ayuh Sabahan! Kita bangun bersama, bersatu berpadu. KITA JAGA SABAH!”

Jumardie berkata laungan itu membawa mesej kesatuan dan semangat kerjasama dalam kalangan parti tempatan Sabah.

Pembangunan infra, pengangkutan Sabah masih jadi keutamaan Kerajaan Madani – Farid
KOTA KINABALU: Ketua Penerangan Keadilan Sabah, Ahmad Farid Sainuri membidas kenyataan Ketua Penerangan PAS Sabah yang mempersoalkan keutamaan Kerajaan Persekutuan susulan lebih RM21 bilion projek infrastruktur pengangkutan yang diluluskan untuk Pulau Pinang.

Farid berkata, tidak menafikan bahawa keadaan jalan raya di Sabah masih memerlukan perhatian serius. Sebagai anak Sabah, kita mahukan Pan Borneo disiapkan lebih cepat dan jurang pembangunan antara Sabah dengan Semenanjung terus dikecilkan.

“Tetapi kalau mahu membandingkan, bandinglah secara adil. Angka lebih RM21 bilion yang disebut untuk Pulau Pinang bukanlah peruntukan tahunan yang diserahkan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang”

“Sebahagian besarnya datang daripada projek infrastruktur berskala besar yang dilaksanakan secara berperingkat untuk tempoh beberapa tahun, khususnya projek LRT Pulau Pinang bernilai RM16.8 bilion, selain projek pembesaran lapangan terbang, pelabuhan dan terminal pelayaran,” jelasnya.

Beliau berkata, tidak tepat jika nilai keseluruhan projek Pulau Pinang dibandingkan hanya dengan satu komponen peruntukan penyelenggaraan jalan Sabah bagi satu tahun.

“Kalau kita mahu memasukkan keseluruhan nilai LRT Penang dalam perbandingan, maka kita juga mesti memasukkan keseluruhan nilai projek mega yang sedang dilaksanakan di Sabah”

“Belanjawan 2026 sendiri menyenaraikan Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1A dan Fasa 1B bernilai RM15.9 bilion. Selain itu, terdapat juga Sarawak-Sabah Link Road Fasa 1 dan 2 bernilai RM8.81 bilion serta Lebuhraya Trans Borneo bernilai RM2.99 bilion yang menjadi sebahagian daripada pembangunan rangkaian strategik Borneo,” tambahnya.

Farid juga menerangkan bahawa dalam sektor penerbangan pula, hampir RM500 juta diluluskan bagi pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), manakala RM120.9 juta diperuntukkan bagi menaik taraf Lapangan Terbang Tawau. Ini bermakna hampir RM620 juta bagi KKIA dan Tawau sahaja, belum termasuk perancangan menaik taraf Lapangan Terbang Lahad Datu.

“Justeru, pembangunan LRT Pulau Pinang tidak bermaksud Sabah ditinggalkan dari aspek pembangunan infrastruktur pengangkutan. Penang mempunyai masalah pengangkutan bandar, kepadatan dan kesesakan yang memerlukan sistem transit massa”

“Sabah pula sebuah wilayah yang jauh lebih luas dengan cabaran geografi berbeza. Sebab itu keutamaannya merangkumi Lebuhraya Pan Borneo, jalan luar bandar, jalan perhubungan antara daerah serta infrastruktur asas,” katanya.

Farid berkata lagi, keadilan pembangunan bukan bermaksud Penang tidak boleh mendapat LRT selagi setiap jalan di Sabah belum selesai. Keadilan pembangunan bermaksud Kerajaan Persekutuan perlu membangunkan kedua-duanya berdasarkan keperluan masing-masing, sambil memberikan perhatian lebih besar untuk merapatkan jurang pembangunan Sabah.

“Kita juga harus berlaku adil kepada fakta mengenai Pan Borneo. Setakat perkembangan terkini, kemajuan fizikal Pan Borneo Sabah telah mencapai sekitar 88 peratus bagi Fasa 1A dan melebihi 20 peratus bagi Fasa 1B. Kerajaan mesti terus memastikan projek ini dipercepatkan dan disiapkan tanpa kelewatan yang tidak munasabah”

“Sabah masih mendapat perhatian dan keutamaan Kerajaan MADANI. Tugas kita sekarang ialah memastikan setiap peruntukan dan projek itu dilaksanakan dengan lebih pantas dan sampai manfaatnya kepada rakyat,” katanya.

TPNS salur RM40 juta bantu 27,781 pelajar Sabah
KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) menyalurkan RM40 juta  bantuan sejak dilancarkan pada 2 Jun 2022, memberi manfaat secara langsung kepada  27,781 pelajar di seluruh negeri.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, berkata bagi tempoh Januari  hingga Ogos tahun ini sahaja, seramai 11,383 orang dari seluruh pelosok Sabah  menerima manfaat menerusi bantuan TPNS berjumlah RM15.89 juta.

Beliau berkata, penubuhan TPNS berasaskan tema ‘Peluang Tajaan Untuk Semua’  terbukti menjadi satu instrumen penting dalam memperluas akses bantuan pendidikan  kepada rakyat.

“Majlis ini penting kerana kita bukan sekadar menyampaikan bantuan, tetapi kita sedang  membuka ruang dan peluang kepada anak-anak Sabah untuk terus belajar, mencapai  cita-cita dan membina masa depan. Inilah antara tanggungjawab besar Kerajaan Negeri  dalam membangunkan modal insan Sabah,” katanya ketika berucap pada Majlis  Penyampaian Bantuan TPNS dan Pelancaran Sistem TPNS Smart Application di  Menara Kinabalu, di sini, hari ini.

Hajiji berkata, sesebuah negeri tidak akan dapat melangkah maju tanpa sistem  pendidikan yang kukuh dan berkualiti, kerana pembangunan negeri bukan hanya  mengenai pembinaan jalan, jambatan, bangunan dan infrastruktur.

“Kita mesti melahirkan generasi yang berilmu, berkemahiran, berintegriti dan mampu  bersaing. Inilah pelaburan paling penting untuk masa depan Sabah,” katanya.

Beliau berkata, komitmen kerajaan negeri terhadap pembangunan pendidikan turut  diterjemahkan menerusi Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) dengan peruntukan  RM155 juta tahun ini, yang memberi manfaat kepada ribuan pelajar di pelbagai  peringkat, khususnya dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik  (STEM).

Katanya, peruntukan itu meningkat lebih tiga kali ganda berbanding RM50 juta pada  2020, manakala sepanjang 2021 hingga 2025, sebanyak 14 inisiatif berkaitan  pendidikan diperkenalkan, antaranya Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI), Bantuan  Ihsan Komputer (BAIK) dan bantuan tiket penerbangan kepada pelajar Sabah di  Semenanjung, Sarawak dan Labuan.

Mengenai bantuan yang disampaikan hari ini, Hajiji berkata seramai 362 penerima dari  sekitar daerah Kota Kinabalu menerima manfaat berjumlah RM6.79 juta.

“Penyerahan bantuan pendidikan ini merupakan bukti nyata bahawa kerajaan tidak  pernah membiarkan mana-mana anak Sabah tercicir daripada mendapat peluang  pendidikan yang sewajarnya,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Hajiji berkata gelombang transformasi digital dalam  penyampaian perkhidmatan pendidikan negeri dimulakan menerusi pelancaran Portal  Tajaan Pendidikan Sabah (PTPS) pada 2 Julai 2024.

Katanya, PTPS bertindak sebagai ‘single window platform’ yang menghimpunkan lima  agensi penaja dan pemberi bantuan pendidikan utama negeri dalam satu platform  bersepadu.

“Memperkukuh momentum pemodenan ini, pada hari ini kita melangkah setapak lagi ke  hadapan menerusi Pelancaran Sistem TPNS Smart Application,” katanya.

Beliau berkata, aplikasi mudah alih itu membolehkan permohonan bantuan TPNS  dilaksanakan secara dalam talian sepenuhnya, selain pemohon boleh menyemak status  permohonan secara masa nyata dengan proses lebih telus dan mesra pengguna.

“Dengan kemudahan ini, proses permohonan diharap menjadi lebih mudah, cepat dan  teratur, khususnya bagi anak-anak Sabah di seluruh pelosok negeri, terutama mereka  yang berada di kawasan luar bandar,” katanya.

Hajiji turut menyeru lebih banyak syarikat korporat tempatan dan antarabangsa yang  beroperasi serta meraih keuntungan di Sabah tampil melaksanakan Tanggungjawab  Sosial Korporat (CSR) menerusi sumbangan kepada TPNS.

Beliau berkata, kerjasama kerajaan negeri, sektor swasta, syarikat berkaitan kerajaan  (GLC) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mampu membina ekosistem pendidikan  yang lebih kukuh untuk anak-anak Sabah.

Hajiji turut menyifatkan ulang tahun ke-60 Kumpulan Yayasan Sabah tahun ini sebagai  pencapaian penting, dengan agensi itu memainkan peranan dalam memperkasa rakyat  dan memacu pembangunan negeri menerusi pendidikan, pembangunan modal insan,  ekonomi, sosial dan pemuliharaan alam sekitar.

Aktiviti hiliran perlu diperkasakan – Hajiji
KOTA KINABALU: Penerokaan dan pemerkasaan aktiviti hiliran perlu dijadikan suatu  budaya dan hala tuju dalam usaha menghasilkan produk hiliran yang mempunyai nilai  tambah yang tinggi.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, berkata pendekatan ini adalah  strategi penting bagi memaksimumkan nilai rantaian sektor agromakanan,  meningkatkan pendapatan usahawan tani, dan memperkukuh keterjaminan makanan.

“Kita perlu berubah daripada sebuah negeri yang bergantung kepada eksport komoditi  pertanian mentah semata-mata kepada pengeluar dan pengeksport produk siap guna  bernilai tinggi yang diproses berasaskan komoditi pertanian tempatan.

“Kita perlu beralih kepada penghasilan produk hiliran yang mempunyai nilai tambah  yang tinggi. Ini secara langsung akan meningkatkan kesejahteraan dan taraf hidup  komuniti petani, peladang, pekebun kecil dan nelayan kita melalui peningkatan nilai  ekonomi hasil-hasil pertanian mereka.

“Pelancaran bantal lateks Lumi Borneo pada hari ini merupakan bukti nyata keupayaan  agensi tempatan seperti Lembaga Industri Getah Sabah atau LIGS dalam  mengoptimumkan sumber asli negeri,” katanya selepas merasmikan majlis Pelancaran  Bantal Lateks Lumi Borneo, di sini pada Sabtu.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri  Makanan Sabah, Datuk Jamawi Jaafar.

Beliau berkata, pemerkasaan aktiviti-aktiviti hiliran ini juga akan menyumbang kepada  pengwujudan peluang-peluang pekerjaan kepada masyarakat, terutamanya para belia  tempatan.

“Sudah tentu, aktiviti hiliran atau pemprosesan ini akan memerlukan tenaga kerja dalam  bidang pengeluaran, pembungkusan, logistik, pemasaran, kawalan kualiti dan aktiviti aktiviti lain yang berkaitan. Ini juga akan membuka ruang dan peluang kepada  usahawan-usahawan tempatan untuk turut terlibat,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri akan terus menyokong semua sektor termasuk sektor  industri getah di Sabah agar dapat ditingkatkan sekali gus memberi pulangan kepada  para pekebun kecil getah.

“Saya percaya, dengan teraju kepimpinan dan kekuatan pengurusan, LIGS mempunyai  peluang yang luas untuk menerokai produk hiliran lain seperti tilam lateks dan kasut  getah. Jangan berhenti setakat bantal. Tingkatkan lagi usaha untuk mempelbagaikan  pengeluaran produk-produk berkualiti tinggi yang berasaskan getah,” katanya.

Sementara itu, usaha menghasilkan bantal yang menggunakan lateks tempatan ini  adalah yang pertama di Sabah sekali gus menjadi satu sejarah penting kepada  perkembangan sektor industri getah di Sabah.

“Sudah tentu komuniti pekebun kecil getah berasa bangga apabila melihat hasil lateks  atau susu getah yang mereka keluarkan sendiri diproses sehingga menjadi produk akhir  Bantal Lumi.

“Lebih membanggakan lagi, produk ini tidak dikeluarkan oleh mana-mana syarikat  swasta yang lain, tetapi bersandarkan kepakaran dan kekuatan pasukan LIGS,”  katanya.

Mustapha jumpa pengerusi SPR, bincang penambahan kerusi parlimen Sabah, Sarawak
KUALA LUMPUR: Datuk Ts. Mustapha Sakmud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) telah mengadakan kunjungan hormat kepada Datuk Seri Ramlan Harun, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), berbincang hala tuju dan mekanisme pelaksanaan cadangan penambahan bilangan Ahli Dewan Rakyat dari Sabah dan Sarawak.

Mustapha berkata pertemuan ini merupakan susulan kepada perkembangan di peringkat Kerajaan Persekutuan, termasuk Mesyuarat MTPMA63 pada 11 September lalu yang mengambil maklum bahawa perkara ini telah dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyatakan terdapat kewajaran untuk meningkatkan kadar nisbah Ahli Dewan Rakyat dari Sabah dan Sarawak, tertakluk kepada perbincangan lanjut bersama SPR,” katanya.

Jelas beliau lagi, Sabah dan Sarawak mempunyai 56 kerusi atau 25.3 peratus daripada keseluruhan Dewan Rakyat.

“Cadangan yang dikemukakan ialah untuk menjadikan keseluruhannya kepada 35 peratus secara seimbang dengan kerusi di semenanjung Malaysia”

“Perbincangan hari ini memberi tumpuan kepada proses serta pertimbangan perlembagaan, perundangan dan teknikal, termasuk aspek persempadanan bahagian pilihan raya, data yang diperlukan serta bentuk libat urus antara Kerajaan, SPR dan pihak berkepentingan,” jelasnya.

Tambah Mustapha, perkara ini bukan semata-mata soal menambah kerusi. Ia berkaitan usaha memastikan kedudukan dan suara Sabah serta Sarawak dalam Parlimen terus diperkukuh selaras dengan semangat asal pembentukan Malaysia dan pelaksanaan MA63.

“BHESS akan terus bekerjasama dengan SPR supaya sebarang tindakan susulan dapat dilaksanakan secara teratur, berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang serta menghormati bidang kuasa SPR,” katanya.

Tindakan undang-undang wajar diambil, pengajaran politik 3R – KEADILAN Sabah
KOTA KINABALU: Peto Galim, mengecam sekeras-kerasnya ucapan Ketua UMNO Bahagian Sepang, Datuk Noorazli Said dalam Perhimpunan Agung UMNO 2026 yang menyentuh agama Kristian, paderi, biarawati serta kitab Bible (Alkitab) dengan cara yang tidak wajar.

Datuk Peto Galim, Timbalan Pengerusi MPN Keadilan Sabah berkata, perbuatan tersebut bukan sahaja kurang ajar dan miskin adab, malah langsung tidak sensitif terhadap masyarakat Malaysia yang berbilang agama dan kepercayaan.

“Ia tidak mencerminkan kematangan yang sepatutnya ada pada seorang pemimpin dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia,” jelasnya lagi.

Peto berkata, insiden ini juga merupakan contoh jelas bagaimana kesombongan (arrogance) individu apabila dicampur dengan politik perkauman dan agama yang keterlaluan, akhirnya menyebabkan seseorang hilang rasa hormat terhadap penganut agama lain.

“Jangan apabila masyarakat sudah marah dan mengecam, barulah masing-masing mahu memberi penjelasan, atau memohon maaf”

“Bukan sudah terhantuk baru tengadah. Ingat, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya,” katanya.

Jelas Peto, agama bukan bahan jenaka politik. Keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama yang dibina selama ini tidak boleh diperjudikan hanya kerana mahu mendapatkan sorakan atau laba politik sementara.

“Sehubungan itu, KEADILAN Sabah akan membuat laporan polis berhubung insiden ini dan menggesa pihak berkuasa berkaitan menjalankan siasatan. Tindakan selaras peruntukan undang-undang wajar diambil agar insiden sebegini tidak berulang lagi di masa hadapan,” katanya.

UMNO Sabah tegas pertahan keharmonian dan sensitiviti agama – Nik Nadzri
KENINGAU: UMNO Sabah mengambil maklum kenyataan yang dibuat oleh jurucakap UMNO Bahagian Sepang semasa Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.

Datuk Nik Mohd Nadzri Nik Zawawi, Ketua Penerangan UMNO Sabah berkata kenyataan tersebut merupakan pandangan yang dikemukakan oleh pihak berkenaan dan tidak mencerminkan pendirian rasmi serta suara UMNO Sabah.

UMNO Sabah berpegang teguh kepada prinsip bahawa perkara yang menyentuh agama tidak sewajarnya dijadikan bahan gurauan, sindiran mahupun digunakan untuk kepentingan politik.

“Sensitiviti berkaitan agama hendaklah sentiasa dihormati dan dipelihara oleh semua pihak tanpa mengira kedudukan, fahaman atau latar belakang politik”

“UMNO Sabah sentiasa menghormati kepelbagaian agama, kaum, budaya dan kepercayaan yang menjadi asas keharmonian masyarakat di negeri Sabah,” jelasnya lagi.

Nik Nadzri berkata kepelbagaian ini merupakan kekuatan dan aset penting negeri yang telah sekian lama membentuk kehidupan masyarakat Sabah dalam suasana aman, harmoni dan saling menghormati.

“UMNO Sabah berpandangan bahawa kesediaan untuk mengakui kekhilafan serta memohon maaf merupakan cerminan kematangan, kebertanggungjawaban dan integriti dalam kepimpinan”

“Dalam apa jua keadaan, kepentingan rakyat, keharmonian masyarakat serta perpaduan hendaklah sentiasa mengatasi kepentingan peribadi dan politik,” katanya.

Nik yang juga Ketua UMNO Keningau menyeru semua pihak, khususnya para pemimpin dan ahli parti, agar sentiasa berhati-hati serta bertanggungjawab dalam mengeluarkan sebarang kenyataan, terutama yang melibatkan sensitiviti agama, kaum dan budaya.

“Setiap tindakan dan kenyataan hendaklah mengambil kira kesannya terhadap keharmonian masyarakat serta hubungan antara rakyat yang berbilang latar belakang”

“UMNO Sabah kekal teguh dan komited dalam memelihara hubungan baik antara kaum dan agama di negeri ini,” tambahnya.

Jelas Nik, UMNO Sabah akan terus memainkan peranan dalam memperkukuh perpaduan, menyuburkan semangat saling menghormati serta mempertahankan keharmonian yang telah sekian lama menjadi kekuatan rakyat Sabah, demi memastikan negeri ini terus aman, stabil dan makmur.