Beluran: Bank Pertanian pertama, merupakan bank kedua yang dibuka di kawasan Beluran Sabah selain Bank Simpanan Nasional (BSN) memberi impak positif buat penduduk setempat.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, Menteri Pertanian dan Industri Makanan berkongsi kegembiraan beliau atas Kerjasama AgroBank dan pihak yang terlibat kerana mewujudkan bank tersebut di Beluran, Sabah.
Seorang penduduk Beluran menyatakan keluhannya di mana sebelum ini penduduk di Beluran terpaksa beratur panjang setiap kali ingin mengeluarkan wang dan urusan bank. Rasa kasihan terutama bagi warga tua yang turut berbaris panjang sehingga mencecah 4 barisan.
“Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan pula, dalam masa sehari sahaja orang ramai akan berbaris panjang dan mengambil masa yang agak lama untuk mengambil wang. Ditambah pula apabila mesin kehabisan wang, urusan bank akan mengambil masa sehingga 2 hari untuk selesai dan penduduk perlu menunggu. Jika ingin merentas daerah, sekatan di jalan masih berkuatkuasa,” katanya.
Sekitar jam 10 pagi tadi, Majlis Perasmian AgroBank Cawangan Beluran, Sabah telah dijalankan dan ianya dirasmikan sendiri oleh Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, Menteri Pertanian dan Industri Makanan.
Beliau mengucapkan jutaan terima kasih atas Kerjasama yang diberikan AgroBank dan pihak-pihak lain sama ada yang terlibat secara langsung dan tidak langsung termasuk rakyat Beluran kerana berjaya mewujudkan bank tersebut di Beluran.
“Semoga dengan inisatif ini dapat mengurangkan beban rakyat di sini dan mereka tidak perlu beratur panjang selepas ini untuk urusan bank,” katanya.