Sosiobudaya

RM13.66 juta diperuntukkan bagi pemeliharaan warisan budaya dan seni tahun ini
TAWAU: Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM13.66 juta tahun ini bagi  memastikan warisan budaya dan seni Sabah terus dipelihara, kata Ketua Menteri Datuk  Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

“Kerajaan negeri akan terus mempergiat usaha bagi menambah baik pemeliharaan  warisan budaya untuk terus memacu dan memperkasa industri pelancongan di negeri  ini,” katanya semasa Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau (FKAT).

Ucapan beliau disampaikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Dr  Haji Mohd Arifin Datuk Haji Mohd Arif.

Acara yang berlangsung di Dataran Majlis Perbandaran Tawau malam ini turut diserikan  dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Tun Musa Aman dan isteri, Toh Puan Faridah  Tussin.

“Saya yakin festival ini antara yang akan membawa impak besar terhadap sektor  pelancongan dan ekonomi tempatan. Kemasukan pelancong domestik dan  antarabangsa sempena festival ini bukan setakat untuk mengenali khazanah budaya  kita tetapi turut memberi limpahan rezeki kepada semua yang terlibat secara tidak  langsung.

“Ini termasuk usahawan, pengusaha homestay, penggiat seni dan peniaga kecil, sekali  gus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi masyarakat setempat.

“Festival ini juga merupakan satu medium untuk mendidik generasi muda tentang  kepentingan menjaga dan menghargai khazanah budaya yang tak ternilai,” katanya.

Ketua Menteri turut memaklumkan bahawa pembinaan Pusat Kebudayaan  Antarabangsa Tawau (TICC), yang dijadualkan siap pada Disember 2027, sudah pasti  akan menjadi hab kebudayaan dan pentas utama pertembungan seni serta warisan  pelbagai etnik apabila siap kelak.

“Ini sekali gus akan melonjakkan Tawau sebagai pusat kebudayaan antarabangsa yang  berdaya saing,” ujarnya.

Seiring dengan tema “Kepelbagaian Budaya: Pahlawan, Kraf Tangan dan  Perkahwinan”, FKAT adalah manifestasi keindahan dan keunikan masyarakat pelbagai  kaum di Sabah, katanya.

Ketua Menteri berkata festival ini bukan sahaja menjadi ruang pameran budaya, tetapi  juga medan interaksi antara komuniti daripada pelbagai latar belakang, termasuk  peserta dari Kazakhstan, Indonesia dan Filipina.

“Ia turut memperkukuh peranan Tawau sebagai bandar sempadan yang kaya dengan  jaringan diplomasi budaya dan kerjasama serantau.

“Oleh itu, festival ini menjadi wadah untuk mengukuhkan perpaduan antara kaum,  mempertingkatkan kesedaran tentang kepelbagaian budaya serta memupuk rasa  hormat dan penghargaan terhadap warisan nenek moyang kita,” katanya.

Bandar Seri Milian cetus transformasi luar bandar Kinabatangan
KINABATANGAN: Daerah Kinabatangan bakal melakar sejarah baharu apabila pembangunan sebuah bandar moden, dinamakan Bandar Seri Milian, dilaksanakan sebagai pemangkin pertumbuhan luar bandar dan ekonomi rakyat setempat.

Projek berimpak tinggi itu merupakan kerjasama strategik antara Majlis Daerah Kinabatangan dan pemaju swasta- SUNMOW Construction Sdn Bhd, melibatkan pembangunan bercampur di atas tanah seluas 157.48 ekar di Pekan Kota Kinabatangan.

Majlis pecah tanah projek berkenaan dijadualkan pada 15 Ogos 2025, jam 2 petang di Dataran Terminal Terbuka, Pekan Kota Kinabatangan, dan akan disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat Kawasan N.58 Lamag, Johainizamshah Johari berkata, Projek Bandar Seri Milian akan dilaksanakan dalam tiga fasa selama tempoh 15 tahun, dengan Anggaran Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM366 juta.

Menariknya kata beliau, keseluruhan kos projek dibiayai sepenuhnya oleh pihak pemaju tanpa sebarang beban kewangan atau cagaran ke atas tanah milik pihak berkuasa tempatan.

Menurutnya, antara komponen pembangunan utama yang dirancang termasuk perumahan moden dan mampu milik, kemudahan infrastruktur asas seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik, pusat pentadbiran baharu Majlis Daerah Kinabatangan, institusi pendidikan, dewan masyarakat dan kawasan rekreasi, zon perniagaan, komersial serta industri ringan.

Johainizamshah berkata, pembangunan Bandar Seri Milian bukan sekadar inisiatif fizikal, malah menjadi simbol komitmen kerajaan dalam membawa kemajuan secara menyeluruh ke kawasan luar bandar.

“Di bawah kepimpinan Hajiji, kerajaan negeri tekad memastikan rakyat Kinabatangan menikmati kemudahan moden, akses peluang ekonomi dan persekitaran kehidupan yang lebih berkualiti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, projek itu selari dengan dasar Sabah Maju Jaya (SMJ) yang menekankan keseimbangan pembangunan antara bandar dan luar bandar, selain menjamin kemakmuran rakyat secara inklusif.

Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa rekod prestasi pemaju, yang berpengalaman dalam pembangunan berskala besar serta menggunakan sumber kewangan sendiri, mampu memastikan kelancaran pelaksanaan projek.

“Ini adalah pelaburan untuk masa depan. Bandar Seri Milian bakal menjadi hab pertumbuhan baharu yang merangsang pelaburan, membuka lebih banyak peluang pekerjaan, serta mengaktifkan ekosistem keusahawanan tempatan.

“Pembangunan ini juga dijangka membawa limpahan sosioekonomi jangka panjang kepada Kinabatangan, seterusnya mengubah landskap daerah itu menjadi antara nadi pembangunan baharu Pantai Timur Sabah”, tegasnya.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor bersama Pemimpin Pembangunan Masyarakat Kawasan N.58 Lamag, Johainizamshah Johari menunjukkan Pelan Pembangunan Lamag.

Persinggahan di KM 0, Telok Melano lengkapkan kembara Agong, Permaisuri
KUCHING: Kilometer 0 atau disebut sebagai Kilometer Kosong Lebuhraya Pan Borneo di Telok Melano menjadi persinggahan terakhir Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bagi menamatkan Kembara Kenali Borneo yang berlangsung selama 11 hari.

Terletak kira-kira 33 kilometer (km) dari pekan Sematan, jajaran Telok Melano-Sematan merupakan bahagian Lebuhraya Pan Borneo yang pertama disiapkan dan mula dibuka kepada orang ramai sejak Januari 2019.

Jajaran yang terletak di bahagian barat daya Borneo, bersempadanan dengan wilayah Kalimantan Barat, Indonesia merupakan titik permulaan Lebuhraya Pan Borneo merentasi bahagian timur Tempat Lindungan Samunsan serta Taman Negara Tanjung Datu dan Gunung Gading yang menjadi tarikan utama pelancong.

Lokasi itu ialah satu daripada legasi yang ditinggalkan oleh Allahyarham Tan Sri Adenan Satem untuk rakyat Tanjong Datu semasa beliau menjadi Ketua Menteri Sarawak yang kelima pada 2014 hingga 2017 sebelum meninggal dunia akibat komplikasi jantung.

Rancangan asal adalah untuk membina lebuh raya dari Sematan ke Miri sahaja, tetapi atas permintaan Allahyarham pada ketika itu, Perdana Menteri keenam Datuk Seri Najib Tun Razak meluluskan pakej laluan Telok Melano membabitkan kos tambahan RM580 juta.

Pembukaan jajaran Telok Melano-Sematan ini secara tidak langsung telah mengubah kehidupan penduduk kampung di kawasan itu yang dahulunya perlu menaiki perahu menempuh ombak Laut China Selatan jika mahu keluar khususnya ke pekan terdekat iaitu Sematan.

Kini, dari pekan Sematan ke Telok Melano melalui jalan darat mengambil masa kira-kira 27 minit untuk sampai ke Kilometer 0 Telok Melano.

Tarikan utama di kawasan itu ialah pantainya yang berdekatan dengan dua kampung iaitu Kampung Telok Melano dan Kampung Telok Serabang.

Setiap kali menjelang hujung minggu atau cuti umum, kawasan pantai Telok Melano akan menjadi tempat tumpuan orang ramai untuk beriadah, sekali gus membantu meningkatkan ekonomi penduduk setempat.

Jalan raya berkenaan menambah rezeki penduduk dengan pelbagai peluang ekonomi antaranya perusahaan inap desa serta perniagaan kecil-kecilan di tepi pantai.

Dahulu, rata-rata penduduk di kawasan itu hanyalah nelayan dan petani yang bergantung dengan hasil laut dan hasil tani yang diusahakan sendiri secara kecil-kecilan sebagai punca rezeki utama, namun kini semakin luas dengan adanya peluang untuk mengusahakan aktiviti-aktiviti pelancongan.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah bersama rombongan baginda berdua tiba di bandar raya Kuching pada Selasa dan bersemayam di ibu negeri Sarawak itu sebelum memulakan perjalanan sejauh 137 km untuk sampai ke Kilometer 0.

Baginda berdua memulakan kembara itu di Tawau, Sabah pada 3 Sept dan mengharungi perjalanan sejauh 2,154 km yang melibatkan persinggahan di beberapa tempat di Negeri di Bawah Bayu itu, serta Brunei dan Sarawak, sebelum berangkat tiba di Telok Melano hari ini.

Al-Sultan Abdullah akan menyempurnakan majlis pecah tanah Masjid Telok Melano selain melawat beberapa kawasan tarikan di situ sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur petang ini. – Astro Awani

Kenapa internet jalur lebar percuma, luar bandar ditamatkan – Naim Moktar
KINABATANGAN: Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kinabatangan, Mohd Kurniawan Naim Moktar mempersoalkan, bekalan internet jalur lebar percuma luar bandar ditamatkan.

“Saya mewakili seluruh masyarakat di luar bandar Sabah minta penjelasan mengapa bekalan internet jalur lebar percuma ini dibatalkan”

“Apakah inisiatif baharu yang mahu diambil oleh kerajaan,” katanya.

Jelas Naim, apa akan terjadi kepada pembelajaran ratusan ribu pelajar luar bandar yang selama ini hanya bergantung kepada perkhidmatan ini untuk menimba ilmu.

“Menteri KKMM perlu maklum sehingga hari ini tidak semua kawasan di luar bandar Sabah mempunyai liputan komunikasi dan ini sudah pasti akan mencacatkan kehidupan mahupun pembelajaran masyarakat di luar bandar apabila ditamatkan,” tambahnya.

Bekalan internet jalur lebar percuma di luar bandar diperkenalkan pada 2012 untuk mengurangkan jurang digital diantara penduduk bandar dan luar bandar.

Bendahari Pemuda UMNO Malaysia itu memberitahu, baru-baru ini satu notis diberikan kepada pengendali Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di seluruh Sabah bahawa perkhidmatan ini akan ditamatkan dengan kadar segera.

“Ini kerana kontrak untuk membekalkan bekalan internet jalur lebar percuma belum lagi diperbaharui dan kemungkinan tidak akan diperbaharui oleh kerajaan masa kini,” katanya.

Sektor pelancongan di Kunak diperhebatkan
Kunak: Berbagai usaha diadakan bagi memperkasakan industri pelancongan sekaligus mengangkat nama daerah Kunak di mata luar khususnya menerusi pelbagai program yang kini giat dijalankan Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar menerusi Lembaga Pelancongan Sabah.

Timbalan Pengerusi Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, Datuk Seri Dr Anil Jeet Singh Sandhu, berkata terdapat beberapa tempat yang dilihat berpotensi dijadikan medium tarikan pelancong seperti Gua Madai, Sungang Hot Spring, Darvel Lagoon, Air Terjun Madai dan banyak lagi.

“Usaha giat bakal diadakan untuk menaiktaraf tempat-tempat ini yang berpotensi sebagai destinasi pelancongan dan seterusnya memajukan daerah Kunak agar lebih dikenali dan tidak di makan arus zaman” katanya selepas menghadiri satu sesi dialog bersama Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin dalam lawatan kerjanya pada isnin.

Sehingga kini, pelbagai usaha yang dilaksanakan termasuk memberi seminar dan latihan kemahiran dari segi kesedaran, keselamatan, dan pengurusan kepada persatuan-persatuan pelancongan, pengusaha pelancongan desa, dan komuniti setempat yang terlibat dalam mengusahakan aktiviti pelancongan di kawasan masing-masing.

Dalam masa yang sama, Kementerian juga bersedia untuk menawarkan program upskilling dan reskilling pelancongan kepada penduduk di daerah itu agar mereka mampu bersaing secara signifikan bukan saja di negeri Sabah malah di peringkat antarabangsa.

Sementara itu, Dr Anil Jeet Singh Sandhu berkata, beliau amat berharap agar segala usaha Lembaga Pelancongan Sabah memperkasakan industri pelancongan di daerah Kunak ini akan berjalan dengan jayanya sekaligus mampu menyumbang sebagai salah satu sumber ekonomi rakyat Kunak amnya negeri Sabah.

“semoga yang terbaik untuk Daerah Kunak dan parlimen Lahad Datu untuk terus maju kehadapan seperti daerah – daerah lain”, tambahnya lagi.

Karnival Rakan Seni Budaya, pupuk kesedaran pulihara seni budaya tempatan
Lahad Datu: Majlis Perasmian Karnival Rakan Seni Budaya yang bertempat di dataran Palma Lahad Datu, dengan jayanya dirasmikan semalam.

Ahli Lembaga Pengarah Kebudayaan Negeri Sabah, Zueraida Asdain, mewakili YB Andi Suryady, Pembantu Menteri Belia Dan Skan Negeri Sabah, berkata acara ini bukan sahaja mengetengahkan bakat belia serta penggiat seni budaya malah mampu memupuk kesedaran masyarakat akan kepentingan seni budaya tempatan khususnya.

“Anak muda kita semakin ramai yang terikut-ikut dengan trend dan budaya barat”

“Justeru melalui karnival seumpana ini kita dapat memperkenalkan di samping menyemai minat serta sayangkan kesenian dan kebudayaan mengikut etnik masing-masing” ujarnya dengan menambah, pada masa yang sama, program ini bertujuan bagi mencari bakat baru Lahad Datu Idol bagi tahun 2022 yang julung kalinya diadakan.

Dalam kesempatan itu, Zueraida menzahirkan ucapan terima kasihnya pada persatuan TAKADA I-PEAK dan Persatuan Kg. Look Terusan serta agensi-agensi lain yang terlibat sama kerana bersusah payah dalam menjayakan karnival ini serta sentiasa memberikan sokongan dalam apa jua inisiatif kerajaan.

Turut hadir bersama, Pemimpin Pembangunan Masyarakat DUN N.60 Tungku Tuan Hj Momen, En. Harun Patarasa mewakili PPM Dun Silam, En. Zayanidi Abbas, Pegawai Belia Dan Sukan Persekutuan, En. Mohd Hamzah Zouk mewakili Pegawai Perpaduan Lahad Datu, En. Sabtu Susulan Moris, Pemaju Mukim Tungku serta ketua-ketua jabatan dan pemimpin masyarakat setempat.

Blue Ring Hole Lahad Datu, pelancongan baharu negara
LAHAD DATU: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah mengenal pasti tapak selaman skuba Blue Ring Hole di Terumbu Tingkayu, Teluk Darvel, yang berpotensi dijadikan sebagai sebagai destinasi pelancongan baharu negara.

Blue Ring Hole merupakan sebuah tapak selaman skuba yang terletak di antara Kunak dan Lahad Datu yang mengambil masa 15 minit dari kunak, dan 30 minit dari Lahad Datu untuk tiba di destinasi tersebut dengan menaiki bot.

Timbalan Pengerusi Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, Dato Sri Anil Jeet Singh berkata, Blue Ring Hole adalah gua di bawah air yang wujud hasil daripada aktiviti gunung berapi kuno yang dianggarkan berlaku sekitar 500 juta tahun dahulu.

“Blue Ring Hole merupakan salah satu tapak daripada 10 tapak Blue Hole di seluruh dunia yang mempunyai dua struktur lubang biru.

“Tarikan pelancongan Blue Ring Hole ini berpotensi untuk dibangunkan sebagai destinasi pelancongan baharu di Sabah dan Malaysia,” katanya ketika lawatan ke Blue Ring Hole.

Sementara itu, Menteri Pelancongan Malaysia, Datuk Seri Nancy Shukri yang diringi oleh Anil dalam lawatan ke Blue Ring Hole berkata, banyak aktiviti yang boleh dilakukan di tempat berkenaan bagi menarik perhatian pelancong termasuklah aktiviti selaman skuba dan selam snorkel.

Katanya, produk tempatan perlulah mengambil peluang untuk bersama kerajaan bagi mengetengahkan produk yang boleh menjana pendapatan komuniti serta negara.

“MOTAC komited dalam memastikan usaha membangunkan semula industri pelancongan negara agar berada di landasan yang betul serta dapat dicapai dalam jangka waktu yang ditetapkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

UMS cipta mesin pembersih sampah di sungai
Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah (UMS) berjaya mencipta sebuah mesin pembersih sungai yang berfungsi untuk mengutip dan mengumpulkan sampah sarap yang terapung termasuk sisa buangan bahan terlarut yang mencemarkan air sungai.

Menurut Pengarah Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan (PPIP) UMS, Prof Madya Dr Jidon Adrian Janaun yang juga pereka cipta mesin itu, berkata penghasilan prototaip mesin berkenaan bermula pada 2018 dan disiapkan secara berperingkat semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Difahamkan mesin prototaip bernilai RM100,000 itu siap sepenuhnya pada Februari lalu dan mampu mengutip sehingga 60 liter sekali kautan dengan kecekapan 90 peratus sampah yang terapung di sungai.

Bagaimanapun, katanya mesin prototaip berbentuk seperti buaian berpusing itu setakat ini hanya bagi kegunaan UMS untuk dijadikan contoh bagi kajian penyelidikan, namun model mesin berkenaan boleh dipasang dan berfungsi di sungai dengan sedikit pengubahsuaian.

“Di UMS, mesin ini dipasang menggunakan tenaga elektrik untuk menunjukkan bagaimana ia berpusing memerangkap sampah yang terapung di sungai sebelum disalurkan ke dalam tong pengumpulan sampah yang disambungkan dari mesin.”

“Untuk dipasang di kawasan sungai, kami memerlukan mesin baharu daripada model yang sama, tetapi bahannya perlu yang lebih ringan berbanding mesin di sini dan mempunyai platform atau jeti yang terapung supaya mesin itu tidak hanyut apabila banjir,” katanya.

Jidon Adrian menambah, mesin pembersih yang diletakkan di sungai akan menggunakan tenaga solar dan berpusing mengikut kelajuan aliran air sungai untuk memerangkap sampah sarap di permukaan air.

Namun, katanya, proses pemasangan mesin di kawasan sungai bukan di bawah bidang kuasa UMS, sebaliknya adalah tanggungjawab syarikat yang mendapat hak mengkomersialkan mesin berkenaan.

“UMS hanya akan memberi panduan dari segi reka bentuk, khidmat nasihat mengenai komponen yang bersesuaian kepada syarikat berkenaan, pemilihan bahan yang tahan lama selain penggunaan kos pengeluaran yang rendah.”

Projek berkenaan turut mendapat sokongan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah yang turut menyumbang dana berjumlah RM30,000.

Keunikan Gunung Kinabalu, tarikan pelancong berkunjung
Apabila digembar-gemburkan tentang Gunung Kinabalu, pasti setiap daripada kita ingin mengembara ke sana. Bukan sahaja dalam kalangan masyarakat Sabah dan seluruh warga Malaysia tetapi ianya juga terkenal di luar negara. Gunung ini mempunyai ketinggian yang hampir mencecah 4,095 meter dari paras laut.

Gunung ini yang terletak di Kundasang, Ranau merupakan gunung tertinggi di Rantau Nusantara. Gunung Kinabalu ini juga menjadi tempat pelancong yang suka melakukan aktiviti lasak seperti hiking.

Menariknya, gunung Kinabalu juga tersenarai sebagai Tapak Warisan Dunia United Educational, Scienetific and Cultural Organization (UNESCO).

Taman Negara Kinabalu memiliki kawasan seluas 754 km persegi ini, telah diwartakan pada tahun 1964. Ia diperakui sebagai gunung tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara. Pada tahun 2010 ianya disenaraikan dalam Tapak Warisan Dunia UNESCO dan sekaligus menaikkan nama Malaysia di mata dunia.

Pendakian mencabar perlu ketahanan mental dan fizikal – Foto amazingborneo.com

Terdapat juga yang mengatakan bahawa bentuk keunikan Gunung Kinabalu ini terbentuk daripada batuan yang membeku dan gubah granit (batu igneus) yang berusia jutaan tahun dahulu. Para pengkaji menganggarkan usianya mencecah lebih kurang 10 juta tahun yang lalu.

Tambahan pula, Flora dan Fauna yang terdapat di sekitar gunung lebih dariapada 5000 spesis. Sebagaimana yang kita tahu, terdapatnya periuk kera, bunga Rafflesia, burung belatuk, pelanduk, tikus kasturi dan banyak lagi. Lebih unik lagi apabila mendaki di puncak pasti akan menemui spesis yang lebih menyerlah keunikannya.

Kemunculan pelbagai habitat dari hutan hujan tropika, kawasan rendah tropika, hutan separa alpine, hutan gunung tropika dan tumbuhan renek laluan pendakian ke puncak gunung.

Jadi secara tidak langsung, sedikit info tentang keunikan Gunung Kinabalu ini akan menjadikan kita bersemangat untuk melawati dan menikmati keindahannya yang sangat mempesonakan.

Penulis: Muhammad Hafizudin Ibrahim

UMS sunyi tanpa kunjungan pelancong
Kota Kinabalu: Ketiadaan pelancong tempatan dan asing berkunjung ke Universiti Malaysia Sabah memberi suasana berbeza sebelum Covid-19 melanda seluruh dunia.

Situasi tersebut berubah setelah Kerajaan Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pegerakan (PKP). Suasana di dalam UMS sangat berbeza dengan keadaan sebelumnya apabila tiada kelibat pelancong asing seperti sebelum dilanda Covid-19.

Pengumuman YAB Perdana Menteri pada 3 September 2021 berkaitan pembukaan sektor pelancongan di beberapa  destinasi di bawah pogram travel bubble diharapkan memberi nafas baru kepada sektor pelancongan sehingga sampai ke dalam UMS.

Nur Hafizah Zulkifli, penuntut tahun akhir Universiti Malaysia Sabah (UMS) berkata suasana dahulu dan sekarang jauh berbeza. Tempat-tempat yang dahulu penuh dengan pelancong tempatan dan luar negara kini sudah sepi. Antara tempat yang disebutkan adalah Masjid UMS serta ODEC yang sentiasa ada kelibat pelancong asing dua tahun lalu.

“Walaupun ketiadaan pelancong asing dalam UMS, keindahan tempat-temat menarik UMS tetap terjaga seperti sebelumnya. Perkara ini membolehkan saya mengambil peluang mengunjungi tempat-tempat yang belum berkesempatan dilawati sebelumnya,” katanya.

Hafizudin Ibrhim penuntut tahun akhir Universiti Malaysia Sabah juga menyatakan suasana di UMS sekarang sememangnya berbeza. Dahulu di mana-mana akan terlihat pelancong asing berlegar-legar di dalam UMS dari pagi, petang sehinggalah senja.

Jelaslah, ketiadaan pelancong asing dalam UMS memberikan susana yang berbeza dari sebelumnya. Namun keindahan UMS tetap kekal dari dahulu sehinggalah kini walaupun tanpa kehadiran pelancong asing.

Penulis: Rahayul Hadi Bin Zaenul